Saturday, August 30, 2008

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Assalamualaikum wm wb

Tuan/Puan, Muslimin/Muslimat sekelian;

1. Banyakkan solat terawih
8 rakaat pun takpe. 20 rakaat lagi molek. Jangan soal 8 dan 20 menjadi isu pulak. Tapi nak cerita " ada ustaz yang kata 8 rakaat bukan solat terawih, ia hanya solat sunat biasa je ". Apa-apa pun, kita buatlah amal banyak-banyak.

2. Banyakkan sedekah
Bagilah sedekah kepada orang miskin, anak yatim dll. Jangan kedekut. Setahun sekali sedekah, tak salah. Duit ada, tapi sayang nak sedekah. Orang bakhil mati busuk tau. Bukan boleh bawa masuk kubur pun duit tu.

3. Puasa betul-betul
Jangan jadikan puasa satu beban kepada kita pulak. Ini tuntutan agama bukan main suka-suka je.

4. Banyakkan baca Al-Quran
Tak kira sape-sape. Orang PAS ke UMNO ke orang takde parti ke, Quran kena baca. Paling tidak surah Al-Falaq. Lebih-lebih lagi orang PAS. Kalau tak reti baca Quran baik jangan jadi AJK. Buat malu je.

To be contineuw...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 51

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-51.

Merdekalah segala-galanya.

Semoga 16 September 2008 ini akan menjadi satu sejarah yang hitam kepada parti tua Malaysia yang memerintah.

Orang tua memang patut pencen dan buat amal banyak-banyak sebelum mati. Mudah-mudahan mati pun senang. Mati dalam IMAN.

Bagilah peluang kepada orang lain pulak untuk menjaga Bumi Malaysia.

Kita tengok dulu siapa yang pandai memerintah. Kalau tak puas hati, kita tukar pulak. Tak salah kan.

Yang salahnya, kita tak bagi peluang. Umur dah tua, otak pun sama juga tua. Sebab itulah di antara lain Bajed 2009 merupakan Bajed yang tak relevan. Orang tua tak nampak dia bodoh sebab dia duk rasa dia makan garam dulu. Kalau nak kira makan garam, lembu lagi suka makan garam.

Memang patut pun rakyat Malaysia yang menggunakan api elektrik sebanyak RM 20 sebulan tak kena bayar bil. Tapi orang tua ni sudah nyanyok dah. Dulu kata Mahadhir nyanyok, sekarang kena dia pulak.

Mana ada rakyat dalam Malaysia ni yang guna elektrik RM20 sebulan. Paling sikit pun RM40. Orang miskin macam aku ni pun guna elektrik paling kurang RM 80 lebih sebulan.

Cerdik, cedik, cerdik...

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya dalam kesempatan bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama perbanyakkan solat hajat serta berdoa supaya 16 September 2008 akan menjadi kenyataan.

Jadikan NEGARA MALAYSIA sebagai NEGARA RAKYAT. Bukan negara parti tua dan pemimpin-pemimpin yang BANGSAT.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA...



Wednesday, August 20, 2008

PUTERI UMNO HAMPIR-HAMPIR DICABUL

Masterdedah telah berkesempatan menemubual seorang mangsa raba punggung dan keganasan PKR semasa hari penamaan calon. Mangsa ialah Cik Rohana berumur dalam lingkungan 20-an. Berikut adalah gambar gambar eksklusif Cik Rohana (seorang Puteri UMNO) yang telah menjadi mangsa kerakusan dan keganasan penyokong - penyokong PKR semasa hari penamaan calon pada 16 Ogos di Maktab Tuanku Bainun.

"Saya berasa amat malu, kesal dan marah yang amat sangat kepada mereka. Inikah cara berparti yang bersih" kata Cik Rohana. Ketika kejadian Cik Rohana menyatakan dia bersama sama dengan beberapa orang puteri UMNO yang lain sedang beredar keluar dari tempat penamaan calon. Sewaktu itu, hujan lebat, tiba tiba datang beberapa orang pemuda PKR datang dan meraba punggung mereka. "Mereka menghimpit dan mengesel badan mereka pada kami, kemudian mereka raba kami" adu Cik Rohana. Bukan itu sahaja, mereka telah menarik baju dan tudung mereka hingga koyak.

Cik Rohana menyatakan dia dan kawan kawan turut diludah oleh penyokong PKR tersebut. Pengalaman ngeri ini tidak membuat Cik Rohana dan rakan rakan untuk serik melawan PKR di Permatang Pauh.

sumber dari : tranungkite.online

Tuesday, August 19, 2008

HARGA MINYAK TURUN

NAJIB ALTANTUYA telah mengumumkan akan turun harga minyak ketika berucap pada kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Nampaknya parti KUNO BN telah menggunakan tektik lama dengan memancing undi dengan menurunkan harga minyak.

Rakyat Permatang Pauh jangan terpedaya dengan janji bodoh UMNO BN.

Pastikan harga minyak diturunkan segera, dan pastikan juga PR menang pada pilihanraya kecil ini.

Kita kuburkan UMNO di Permatang Pauh.

Buat macam rakyat Kelantan................cerdik main politik. Tengok UMNO BN di Kelantan dah nak mampus dah...........Anuar Musa, Awang Adek dll dah nazak dah.

PERJUANGAN ANTARA KEADILAN vs KEMUNAFIKAN

Permatang Pauh, 16 Ogos 2008 - DS Anuar Ibrahim walaupun dikaitkan dengan isu liwat tidak merasakan bahawa satu tekanan kepadanya. Dalam proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh berjalan dalam suasana ceria tetapi agak kelam kabut sikit.

Mursyidul Am PAS, YAB Dato' Tuan Guru Hj Nik Ab Aziz B Nik Mat dalam kesibukan Muktamar PAS Pusat di Ipoh Perak sempat hadir untuk menunjukkan komitmen bahawa DS Anuar Ibrahim telah di fitnah oleh sekumpulan manusia yang berlidahkan biawak.

DS Anuar Ibrahim berjuang untuk mendapat sokongan daripada rakyat supaya sekiranya tarikh keramat yang disebut-sebutkan menjadi kenyataan untuk melayakkan dirinya sebagai PM Malaysia menggantikan Pak Lah Badawi. Walaupun niat atau nawaitu DSAI begitu, sekurang- kurangnya beliau akan membuat satu perubahan sebagaimana yang dikatakannya.

Manakala lawannya dari parti KUNO BN berjuang demi untuk bangsa melayu yang mana melabelkan beliau sebagai bangsat sebab berada dalam parti yang sudah lama menyusahkan rakyat.

Tanggal 26 Ogos 2008 akan menjadi keramat sekiranya DSAI menang mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

Kita sama-sama tengok dan lihat bagaimana rakyat Permatang Pauh membuat pilihan.

Monday, August 18, 2008

AMALAN-AMALAN DALAM BULAN RAMADHAN

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan

Wishing all Muslim friends - selamat berpuasa..

Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda didalam hadisnya :

Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) , Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.