Tuesday, December 1, 2009

HARI RAYA QURBAN 1430

TARIKH : 27 NOVEMBER 2009
HARI : JUMAAT
MASA : 10.00 PAGI
LOKASI : KG KOK PASIR, PALEKBANG TUMPAT




Tuesday, November 10, 2009

TAKZIAH!!!

Salam.

Saya dan isteri mengucapkan TAKZIAH kepada YB Dato' Ahli Parlimen Tumpat sekeluarga di atas kematian isterinya.

Semoga roh Allahyarhamah Datin bersama orang-orang yang solehah dan orang-orang mati dalam perjuangan menegakkan Syiar Islam.

Al-Fatihah............

Sunday, August 30, 2009

Isu rotan Kartika: BN diperangkap 'negara Islam' ciptaan sendiri

Ramlan Joharee
Sat | Aug 29, 09 | 7:49:12 am MYT
ANALISIS

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Di tengah-tengah kekecohan berhubung hukuman rotan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno, terdedahlah kelemahan kerajaan Barisan Nasional melalui sikap berdolak-daliknya dan hipokrasi dalam pelaksanaan undang-undang syariah.

Selasa lalu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menggesa Kartika, yang didapati bersalah kerana minum arak, supaya merayu hukuman enam sebatan yang perlu dihadapinya.

Tindakan beliau dilihat dibuat kerana kebimbangan kerajaan selepas dikejutkan dengan liputan meluas media antarabangsa berkenaan kes itu, yang sudah tentu akan menjejaskan imej keterbukaan pentadbiran sekarang yang cuba diketengahkannya.

Pada sebelah malamnya pula, hanya beberapa minit sebelum berbuka puasa, Najib bangkit setapak lagi meminta pihak berkuasa agama supaya tidak mengutamakan hukuman rotan.

�Hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir,� kata beliau yang mungkin telah menyedari Kartika tidak akan merayu hukuman rotannya itu.

Pada hari yang sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan mengapa Kartika yang sepatutnya sejak Isnin lalu dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman rotan, dihantar semula pulang.

Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa kakitangan penjara tidak ada kepakaran merotan menurut peruntukan undang-undang syariah yang mensyaratkan rotan tidak diangkat mengatasi kepala.

Hishammuddin dilaporkan berkata, keperluan Jabatan Penjara yang di bawah seliaannya untuk melaksanakan hukum sebat mengikut undang-undang Syariah merupakan �satu perkara baru� dan �mustahil untuk dilaksanakan tanpa pengalaman.�

Tambahnya lagi kaedah hukuman itu akan dikaji secara mendalam oleh pegawainya dengan pihak berkuasa agama untuk memastikan keadilan.

Tindakan beliau itu satu lagi usaha untuk menjarakkan kerajaan persekutan daripada hukuman rotan itu kerana bimbang dengan implikasi hukuman tersebut di peringkat antarabangsa.

Kartika telah berjaya menarik simpati media dengan keputusannya untuk menerima hukuman itu dan turut meminta supaya dirotan di tempat awam, lantas berjaya dilihat sebagai mangsa.

Hakikatnya kerajaan BN telah terperangkap dalam usahanya untuk menunjukkan ia lebih mempunyai kelayakan Islam daripada PAS.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga jelas tidak gembira dengan hukuman rotan itu dalam catatan terbaru blognya.

�Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer,� kata Dr Mahathir dalam nada sinis.

Beliau jelas bimbang parti yang diketuainya selama lebih dua dekad kini cuba mengikuti rentak PAS dan kehilangan jati diri yang dipertahankannya sebelum ini.

Anehnya Dr Mahathirlah yang sebelum ini memulakan permainan berlumba-lumba menunjukkan pentadbirannya lebih Islami berbanding PAS.

Hampir dua tahun selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan kemenangan beberapa kerusi baharu PAS di Selangor dan Perak beliau membuat perisytiharan bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam.

Pengumuman itu dibuat sebagai menyahut cabaran Presiden PAS ketika itu Almarhum Datuk Fadzil Noor.

Walaupun Dr Mahathir dalam pengumuman pada tahun 2001 itu � semasa mesyuarat agung Gerakan � sebenarnya cuba membentuk sendiri dan merampas definisi negara Islam, tetapi ia ditafsir banyak pihak sebagai langkah ke arah pelaksanaan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara.

Penggantinya pula Tun Abdullah Ahmad Badawi menyambung tradisi itu dengan memperkenalkan Islam Hadhari.

Hari ini melalui kes Kartika, kerajaan BN terperangkap dalam jerat "negara Islam" yang dipasangnya sendiri.


Wednesday, August 26, 2009

FADHILAT RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Sunday, July 19, 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB

Wahai Saudara-saudaraku yang budiman, Pada hari Isnin tanggal 16 Julai 2007 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita simak ada apa di balik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat ker
edhaan yang besar dari ALLAH swt

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari
puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari
madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu
Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.
Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"
Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur."
Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

Sabda beliau lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan.
Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."


Keganasan BN di Manek Urai Ditutupi Media

Pertempuran merebut kerusi Manik Urai telah selesai dengan PAS - Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi Manik Urai dengan kelebihan 65 undi. Mengulang ungkapan yang sering diucap oleh Dr. Mahathir satu ketika dahulu (1999, Bn khususnya Umno menang banyak kerusi dengan majoriti tipis) " Satu undi pun menang juga"

Walaupun berkarung wang ditabur, janji dan ugutan di buat namun Bn tetap kalah. Mlah penipuan dalam proses pilihanraya tetap berlaku, pelik apabila satu pilihanraya kecil dalam ketika waktu bekerja dengan rekod pengundi luar yang agak ramai, 87% pengundi mengundi, namun Bn tetap kalah.

Namun percayalah (arwah) SPRM tidak akan bertindak apa - apa, kerana SPRM hanya akan bangkit dari kubur seperti mayat diseru pengamal ilmu hitam hanya apabila adanya kes atau nak mereka kes yang menjamin kepentingan segelintir kelompok utama pemimpin regim Bn sahaja.

Sebenarnya dengan apa yang ditabur regim berharap menang, kekalahan semalam memberikan tamparan dan kejatuhan moral yang dasyat namun media hari ini seperti biasa cuba memberikan moral semula kepada regim Bn.

Bn telah ditolak secara berterusan kalah terus - terusan di semua pilihanraya kecil selepas PRU 2008 (kecuali di Batang Ai).

Media menjadi peniup nyawa Bn. Contohnya hari ini media mainkan ada puteri Umno jadi mangsa keganasan maka digunakanlah gambar seorang puteri Umno terbaring dengan muka sedih berselimut di Hospital.

gambar yang digunakan oleh media Umno gambarkan puteri Umno yang diganasi sehingga terpaksa berselimut di Hospital

Malangnya media menggelapkan berita dan gambar penyokong Pakatan Rakyat yang berdarah , 'pecah' kepala dibaling batu oleh penyokong Bn.

gambar yang tak disiarkan di salah satu pusat mengundi seorang wanita terpaksa dikejarkan
ke Hospital untuk mendapatkan rawatan kerana pecak kepala terkena batu yang dibaling penyokong Umno.seorang petugas Pakatan Rakyat turut cedera , berdarah kepalanyadibalut kepalanya tetapi dia tidak mahu dihantar ke Hospital.

Inlah bentuk mainan media regim yang tidak layak di ajak berpakat atau berpadu.....

Pengajaran dari Manik Urai

Selain isu pembangunan janji dan ugutan projek, wang yang ditabur....Umno memainkan sepenuhnya isu kerajaan perpaduan. Kita sudah terperangkap dengan isu ini dan keputusan ini bolehlah kita anggap sebagai 'kifarah' atas isu tersebut.

Pilihanraya jelas belum bersih. Selepas PRU 2008 seolah kita terlupa isu perjuangan BERSIH yang menuntut pilihanraya adil dan bersih. Ingat kemenangan 2008 bukan kerana pilihanraya bersih dan adil tetapi kebangkitan rakyat sehingga menyebabkan penipuan yang dilakukan tidak cukup untuk 'cover' peralihan undi yang mendadak dan hampir luar jangka. Selepas Manik Urai kita seharusnya kembalikan isu dan tekanan serta desakan terhadap isu yang dibawa BERSIH ini.

Manik Urai adalah signal penting, untuk dibaca oleh semua kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya yang memegang amanah sebagai wakil rakyat. Ingatlah jangan terlalu selesa dengan kemenangan. Kita menang bukan semata - mata kerana kekuatan parti tetapi kerana kebencian rakyat kepada Regim pemerintah. Rakyat memilih kita kerana kita mampu bersatu atas isu berkepentingan ramai. Jesteru itu rakyat juga mampu menghumban kita jika kita gagal melaksanakan harapan dan janji perubahan kepada rakyat. Kita sering telagah dalam isu sekecil lantikan ahli Majlis......sekali lagi ditegaskan ini masalah warisan regim Bn....jangan lawan kerana nak tempatkan orang itu atau nak tolak orang ini dalam menjadi ahli Majlis sebaliknya kita harus besar hati desak segera diadakan Pilihanraya Majlis Kerajaan Tempatan seperti yang pernah diadakan. Pembayar cukai berhak memilih siapa yang harus menguruskan cukai mereka.....ini peneguhan prinsip demokrasi dan hak....jika kita lakukan ini nescaya akan terus jauhlah Bn dari hati rakyat.

Saturday, June 27, 2009

Fadilat Bulan Rejab

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….

BULAN REJAB - Pada 8 Julai 2009 (Rabu) kita akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429/Isra Mi’raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapatpahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5,6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allahswt..InsyaAllah


6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”



Michael Jackson meninggal dunia



LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.

Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.

Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian. - AFP


Saturday, June 20, 2009

YB DATO TAKIYUDDIN SUDAH TIDAK RELEVAN AGAKNYA!!!

Keputusan YAB Dato' Pesuruhjaya BPPNK melantik SETIAUSAHA baru iaitu YB Sdr Mohd Zaki Hj Ibrahim, ADUN Kelaboran adalah muktamad.

YAB Dato' Pesuruhjaya mengumumkan kesemua jawatan dalam BPPNK kekal kecuali Setiausaha sahaja ada perubahan. Dalam gerak kerja kepartian terutamanya Parti Islam Semalaysia (PAS), ikhlas, jujur dan telus perlu dititik beratkan supaya perjalanan parti seimbang dengan apa yang dikehendaki oleh ajk dan ahli.


Wednesday, June 10, 2009

WAHAI sekelian penduduk M.Urai yg bijaksana....,


Berjaga2lah anda kerana UMNO telah isytihar satu umpan yg sangat besar
utk ditabur dan ditelan oleh anda sekelian.

Itu semua rezki daripada Allah Taala.
Bersyukur Kepada Allah tak semestinya berterima kasih kepada UMNO. Kerana keikhlasan puok2 tu sejak dulu telah dipertikaikan...!!!!

Ingatlah Pesan TOkguru ini :

"Beri kain ,pakai..."
"Beri gula, kacar..."
"Beri Umpan, telan "
"Kail Jangan sangkut samasekali...."
"Hari mengundi, pangkah PAS...!!!"

KILANG GOJI DISERBU


Untuk paparan lebih menarik dan mesra pelawat, anda boleh melawat blog baru
http://ondscene.my/ yang masih dalam proses pembinaan dan ujian.


14 April 2009

GOJI?


Sg Chua
Kajang ,
Selangor
14 April, 2009 Pernahkah anda mendengar perkataan Goji?
Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya.

Semuanya atas dasar, makanan kesihatan. Tetapi, tengahari tadi, segala-galanya terbongkar, apabila kilang memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu.
Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan langsungnya, dirampas. ------------------------------------------------------
Kebenaran itu biasanya amat berat untuk diterima atau ditelan lebih-lebih lagi setelah kepercayaan diletakkan akan sesuatu perkara/hal.
Inilah yang berlaku ketika saya menerima maklumat mengenai serbuan ini.
Goji?
Kira-kira 6 bulan lalu, saya pernah dipaksa untuk membeli produk yang didakwa produk kesihatan ini oleh seorang rakan.
Terbang RM15 untuk tiga paket semata-mata untuk ambik hati.

Dan sehingga sekarang, ketiga-tiga paket itu masih ada dalam simpanan saya tanpa langsung ada keinginan dari saya untuk mencuba..
Sebenarnya, saya akan merasa amat bersalah jika perkara ini tidak saya dedahkan di sini, dan sia-sialah peranan yang telah diamanahkan kepada saya selama ini.
Saya telah mengkuti kira-kira 30 serbuan Bahagian Farmasi Kementerian kesihatan sejak 5 tahun lalu. Macam-macam penemuan yang tidak dijangka, memeranjatkan, malah tidak terfikir oleh akal fikiran ini.

Dan berani saya katakan, kes sebelum ini, semuanya bermotifkan keuntungan atas angin dan tamak serta penipuan yang amat terancang serta sistematik.
Saya adalah wartawan yang samasekali tidak akan memutar belitkan apa jua situasi dan berpandukan fakta dan apa yang berlaku.
Bagi yang tidak memahami tugas pihak lain, ingin saya anda mengetahui, sesuatu serbuan hanya akan dilakukan setelah mendapat bukti yang mencukupi supaya sebarang cabaran di mahkamah akan dapat ditepis dan dikemukakan bukti jelas, nyata dan terang.
Kementerian Kesihatan akan melakukan beberapa siri ujikaji di makmal.
Bukan sekali dan bukan satu dua sampel, tetapi banyak kali dan membabitkan banyak sampel dan setelah terbukti, ianya melakukan kesalahan, maka tindakan akan dilakukan iaitu serbuan.
Dalam kes ini, hasil ujikaji makmal mendapati, ‘Goji’ yang diproses, mengandungi ‘sildenafil’ , bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin, Viagra.
Saya boleh memilih untuk tidak pergi dalam serbuan ini dan mendiamkan diri, kerana saya merupakan satu-satunya wartawan membuat liputan serbuan ini.

Dan serbuan akan hanya tinggal serbuan tanpa pendedahan kerana anggota penguatkuasa bukan wartawan dan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan.

Serbuan dilakukan serentak di beberapa lokasi seluruh negara membabitkan pengilang, pengedar barangan ini.
Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram.

Ia terletak di dalam bangunan di antara deretan bengkel kereta, barangan hardware, welding dan macam-macam yang tiada kaitan dengan produk makanan.

Semuanya tertutup dari luar tanpa ada sebarang papantanda.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan diketuai Timbalan Pengarahnya, Hj Wan Hamid Wan Ibrahim bersama 25 pegawai dan anggota.

Dua buah kilang diserbu, dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan mengeluarkan produk Goji yang sama, label yang sama, kandungan yang sama dan untuk syarikat yang sama.

Yang membezakannya, sebuah adalah kilang berlesen, manakala sebuah lagi yang hanya terletak di blok belakang kilang berlesen, adalah kilang haram , tidak berlesen..

Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai warga India yang berada di dalam ‘makmal’ sedang sibuk membuat campuran adunan untuk Goji tersebut.
Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari tempat mereka diserbu.

Apa yang dapat ditemui di dalam kilang utama, hanyalah beberapa pekerja wanita warga Indonesia yang nampaknya langsung tidak menghiraukan kehadiran anggota penguatkuasa, malah dengan selamba menjawab, paspot ada pada ‘bos’.

Hasil pemeriksaan di kilang utama, ditemui berpuluh ribu bungkusan (sachet) Goji yang telah dibubuh ke dalam kotak siap untuk dihantar kepada pengedar utama di Kuchai Lama.
Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui berwarna kelabu dan putih.

Begitu juga di kilang haram yang terletak di blok belakang.

Kerja-kerja mengisar dan mencurahkan serbuk yang telah menjadi ‘Goji’, dicurahkan ke dalam bekas palstik dan siap untuk dibungkus menggunakan mesin.
Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai ‘sildenafil’ ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang dipercayai menjadi bahan campuran di dalam ‘Goji’ yang diproses.

Penggunaan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut.

Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan tertahan.

‘Sildenafil’ hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan perskripsi doktor dan dengan dos tertentu.
Penggunaan mencampurkannya di dalam bahan makanan adalah dilarang kerana risiko dan kesan sampingan akibat dari memakannya.
Pemeriksaan keseluruhan di kedua-dua kilang menemui :

- kira-kira 60 ribu paket ;Goji’ yang telah siap dibungkus.
-10 buah tong plastik seberat kira-kira 25 kilogram setiap satu penuh berisi serbuk ‘Goji’ yang belum dibungkus.

-Berpuluh ribu label bungkusan dan kotak kosong mempunyai label ‘Goji’ terbabit.

- Beberapa mesin memproses dan membungkus ‘Goji’.

Dan, ‘Goji’ yang dirampas, adalah sama seperti ‘Goji’ yang dipaksa beli dari rakan tempohari.

Di masa yang sama, serbuan di pusat pengedaran di Kuchai Lama, turut merampas kira-kira 30 ribu paket ‘Goji’ yang telah siap dibungkus.
Keseluruhan rampasan, bernilai dianggarkan kira-kira setengah juta ringgit.

Hasil pemerhatian mendapati, bungkusan ‘Goji’ terbabit tidak menggunakan logo halal yang dikeluarkan dari negara ini, tetapi dipercayai oleh pihak lain di luar Malaysia.

Manakala sebagai barangan kesihatan, tiada nombor kelulusan KKLIUM pada bungkusan.

Dan pemerhatian juga mendapati, 'Goji' terbabit sebenarnya diproses dan dibungkus di kilang ini dan bukannya diproses di luar negara.

5 Syarat untuk buat maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

“Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan?
“Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham.

“Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

PMBK bayar gaji ikut bulan Hijrah

KOTA BHARU, 8 Jun (Hrkh) - Ketua Pegawai Operasi PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata, PMBK akan membayar gaji kepada kakitangan pada setiap 25 hari bulan hijrah.

Menyedari keistimewaan tersebut Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akan melaksanakan pembayaran gaji kepada 780 kakitangannya menggunakan kalendar hijrah mulai bulan depan.

"Program ini akan bermula pada 25 Rejab 1430 Hijrah bersamaan 18 Julai depan," katanya di sini.

Beberapa tahun lalu Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan gaji kakitangan kerajaan negeri dibayar mengikut kalendar Islam.

Bagaimanapun setelah kajian dibuat cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana bertentangan dengan peraturan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ariffahmi berkata, pembayaran gaji mengikut kalendar Islam memberi kelebihan kepada kakitangan kerana tempohnya lebih pendek.

"Jumlah hari dalam setahun kalendar Hijrah berkurangan sebanyak 11 hari. Ini bermakna secara purata tambahan satu bulan gaji akan diperolehi setiap tiga tahun bekerja dengan penggunaan kalendar Hijrah.

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Trg Runtuh- Satu lagi projek BN khianat rakyat


"

Inilah satu lagi projek yang korupt yang memusnahkan semua duit rakyat terengganu , yang harga nya sudah berkali ganda mahal dan runtuh pula. Keruntuhan stadium yang harga berjuta ini melambangkan akhlaq orang yang membinanya bermula dari kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan serta kontraktor dan sub kontraktor yang melaksanakan kerja.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga rm300 juta ,yang dibina oleh kontraktor BN 300 juta, telah runtuh pada lebih kurang 8 am 2 june09. Atap dan struktur penyokong atap runtuh jatuh ke dinding stadium dengan kepingan aluminiun berterbangan sehingga 200 metre dari runtuhan. Yang jelas batang pipe yang menjadi menjadi struktur untuk menyokong atas telah terputus yang menyebabkan sebahagian besar atap telah jatuh ketanah.

Yang bertambah buruknya oleh kerana ingin menunjuk nunjuk projek stadium di bawah Deris Jusoh ini telah dibuat dalam keadaan kelam kabut bagi peristiwa yang ingin dicapai bagi meraih nama dan kehebatan. Kita berharap pihak anti rasuah tidak juga menjadi anasir jahat yang akan cuba memadamkan saja kes scandal tidak bertanggungjawab dan korup ini.

Untuk gambar lain yang menarik sila ke laman web almuslimin

Thursday, May 28, 2009

KL Bandarayaku - Ibukota maksiat Asia - Truly Asia


"Sudah kian lama saya hendak menulis tentang hobi eksekutif eksekutif melayu yang saya perhatikan berada di lokasi kelab karaoke khususnya di wisma BGI yang terletak di hadapan Times Square. Yang anihnya banyak juga pelayan karaoke di sini terdiri dari dara dara melayu yang memakai skirt micro mini yang teramat pendekmungkin hemline skirt mereka hanyalah sekadar 2/3 inci dari garis kemaluan.

http://www.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20090525-143562.html

MALAYSIA BANDARAYAKU-IBUKOTA MAKSIAT ASIA-TRULY ASIA

Hari ini majalah Asia One telah adakan satu rencana bergambar yang bertajuk ' One Of KL's Professional Pimp Tells All'. Terjemahan- 'Satu Dari Bapa Ayam Dari KL Membuat Dedahan '

Bacalah selanjunya di: http://www.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20090525-143562.html

Di dalam rencana tersebut - seorang Cina ,yang dipanggil abang ayam [KaiKo- dalam bahasa Cina] , yang merupakan satu daripada ratusan bapa ayam profesional, telah membuat satu kenyataan yang dia bolih membekal se orang sundal untuk kliennya di dalam masa 90 minit.

Jadi ada kemungkinan besar yang perempuan perempuan berhias dan memakai pakaian yang seksi bersama se orang lelaki berada di cafe atau kedai mamak yang berkelakuan bagaikan menunggu panggilan talipon, itu sebenarnya menunggu panggilan si bapa ayam untuk memberi perkhidmatan kepada klien.

Tidak kurang juga pemandu teksi yang menjalan kerja 'transporter' ala cerita wayang popular itu ,untuk membuat 'delivery' kepada pelanggan pelanggan.

Alangkah sedihnya kita bila maruah gadis gadis kita terjual seperti di Bangkok sejak 10 tahun kebelakangan ini. Adakah ini sudah menjadi lumrah hasil daripada pembangunan pesat yang dimulakan olih Tun Madey.

Saya cadangkan satu pendakatan radikal perlu dimulakan olih pihak berwajib. Panggillah semua cendiakawan islam -untuk mencari satu penyelesaikan ke atas kes kes yang sedih ini. Karaoke walaupun nampak biasa [innocent] aje membawa kepada klien dan pelayan meminum arak sekurang kurangnya beer yang menjadi pembuka tirai [ice breaker] kepada maksiat besar.

Takde gunanya jika kita menuding jari kiri kanan mencari sebab musabab. Yang pentingnya satu penyelesaian secara global mesti digubal - seperti memperbaiki peluang pekerjaan , standard yang mesti ditetapkan olih dbkl untuk pelesenan kelab kelab karaoke dan sosial dan pengawalan perjudian di kelab kelab sosial atau yang berkombo dengan karaoke.

Pihak berwajib mesti menentukan standard moral value. Janganlah ada kelab sosial berkaraoke , mempunyai mesin kuda berderet dan mempunyai penari separoh bogel yang membuat 'table top dancing' atau pole dancing.

Di dalam hal agama pun, dasar dari dbkl, Kementrian Pengguna dan juga Kewangan bolih mengutuhkan nilai nilai islam yang baik di dalam negara. Ingatlah dengan mengadakan satu slogan ala rebranding islam - jadikannya islam hadari - tidak ada kesan dan bolih disimpulakan sebagai amalan sia sia aje dan tak berkesan. Adalah diharapkan pihak pihak berwajib bolih menggubal satu framework yang dapat menjaga kehormatan pekerja wanita di bandaraya kl dan menjaga orang melayu muslim supaya berkelakuan sebagai muslim yang dihormati.

Di dalam apa situasi pun maruah perempuan dan pria muslimin adalah tanggungjawab kita bersama. Kebebasan untuk orang bukan islam untuk minum arak dan bergaul dengan orang melayu muslim bolih diawasi dengan membuat syarat syarat di dalam pelesenan. Lihat sajelah bagaimana kerajaan keluarkan lesen untuk Genting menjalankan satu casino dan membuat syarat ke atas Genting untuk tidak mengizinkan Genting memberi peluang untuk orang melayu berjudi di sana. "

Tuesday, May 26, 2009

PAS Kuala Krai mulai gerakkan jentera pilihan raya

KUALA KRAI, 24 Mei : - PAS kawasan ini telah menggerakkan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Haji Ismail Yaakub pagi Jumaat lalu.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, persiapan awal telah digerakkan bermula semalam dengan mengadakan beberapa pertemuan.

"Dan malam ini akan diadakan mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan di Dun Manek Urai.

"Kita membuat persiapan awal sebelum jentera peringkat negeri turun," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan jalan raya di Ladang Pasir Gajah, petang tadi.

Malam semalam seorang pemuda India, Kumara Dewan, 32 mati akibat kemalangan jalan raya di Kampung Keroh. Sumbangan disampaikan kepada ayah mangsa, B Balakrishnan.

Mangsa dijangka melangsungkan perkahwinan pada Ogos depan. Dia juga mengusahakan kedai runcit di ladang tersebut. Kumara merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, PAS Kuala Krai akur sepenuhnya mana-mana calon yang diketengahkan pimpinan bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Beliau juga berharap mendapat kerjasama jentera pilihan raya Pakatan Rakyat dari seluruh negara seperti mana yang berlaku di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Saya yakin sepenuhnya seluruh jentera Pakatan Rakyat akan turut memberi sumbangan dalam pelbagai cara untuk mempertahankan Dun Manek Urai," katanya.

Beliau juga berharap Umno tidak meletakkan calon di Manek Urai memandangkan sebelum ini mereka tidak mahu membazirkan wang kerajaan.

"Sekarang kita akan lihat mereka akan bertanding atau tidak. Kalau di Penanti mereka menarik diri atas alasan tidak mahu membazir," katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Ustaz Mahadi Mat Zin berkata, pemuda PAS kawasan itu akan bekerja keras mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil tersebut.

Tengku Mahkota Kelantan dilantik Pemangku Raja

KOTA BHARU, 25 Mei : - Tengku Mahkota Kelantan kini dilantik sebagai Pemangku Raja memandangkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sedang gering.

Tengku Muhammad Faris Petra menjalankan tugas Sultan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Pelantikan tersebut berkuatkuasa pada 24 Mei 2009 sehingga Tuanku Ismail Petra sembuh daripada kegeringan.

Pengisytiharan mengenai perkara itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias dalam satu kenyataan kepada media di sini, semalam.

"Hendaklah ada satu pangkuan Raja di dalam negeri apabila Sultan gering dan tidak boleh menjalankan tugas menjaga hal ehwal negeri, maka Majlis Perajaan Negeri hendaklah melantik seorang Pemangku Raja atau satu Majlis Pangkuan Raja," katanya

Majlis Perajaan Negeri mengadakan mesyuarat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris, iaitu anakanda sulung kepada Sultan Kelantan sebagai Pemangku Raja.

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak 14 Mei lepas bagi menjalani rawatan setelah mengadu mengalami masalah pernafasan.

Baginda kemudian didapati mengalami masalah jantung.

Bagaimanapun semalam baginda dihantar untuk rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Sunday, May 17, 2009

DYMM Sultan Kelantan Gering

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, dekat sini, hari ini kerana dipercayai serangan lelah.

Baginda yang berumur 59 tahun dimasukkan ke HUSM kira-kira jam 3 petang.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menziarahi baginda di HUSM jam 4 petang dengan ditemani beberapa Exco negeri.


Ketika ditemui pemberita di HUSM selepas itu, Nik Abdul Aziz berkata, Sultan berada dalam keadaan stabil.


"Saya minta rakyat Kelantan mendoakan kesihatan baginda semoga baginda cepat sembuh," katanya.

Sehingga kini Istana Kelantan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca sakit baginda.

Timbalan Pengarah Kanan Klinikal HUSM, Dr Rosdi Abdul Rahman berkata keadaan Sultan kembali stabil tetapi enggan mendedahkan punca penyakit baginda.

Menurut sumber Istana, Sultan Kelantan diserang penyakit lelah dan terjatuh sebelum dimasukkan ke hospital.

QIAMULLAIL BERSAMA DR BADRUL AMIN ANJURAN MAJLIS DAERAH TUMPAT

PROGRAM QIAMULLAIL BERSAMA DR BADRUL AMIN

TARIKH : 16 MEI 2009 (SABTU)
MASA : 4.30 PAGI
TEMPAT : MASJID GETING

Kelihatan Pengerusi Jawatankuasa
Belia & Dakwah MDT


Kuliah Subuh Daripada Al-Fadhil Dr Badrul Amin


Kelihatan CC MDT


Sempat bersalaman dengan Dr Badrul Amin


Bergambar kenangan bersama Dr Badrul Amin
Dan Urusetia Program

Saturday, May 16, 2009

PROGRAM FORUM PERDANA ANJURAN MAJLIS DAERAH TUMPAT


PROGRAM FORUM PERDANA
"CABARAN DAN HARAPAN BELIA MASA KINI"

TARIKH : 15 MEI 2009 (JUMAAT)
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : PADANG MAHKOTA, TUMPAT

Ahli Panel :
1) Al-Fadhil Ust Nasir Bin Mohamad (Pengerusi Forum)
2) Al-Fadhil Dr Badrul Amin Bin Baharom
3) Al-Fadhil Ust Saibon Bin Ismail


Antara kehadiran daripada orang ramai


Ketua Whip berucap mewakili YDP MDT


Antara kehadiran VIP


Antara Muslimat VIP yang hadir


Al-Fadhil Ust Zainudin Bin Ismail
Ketika menyampaikan kuliah maghrib
di program yang sama


Mempengerusikan slot kuliah maghrib


Pendaftaran dibuka kepada peserta seawal jam 6.30 petang