Friday, September 19, 2008

Teresa Kok bebas daripada penahanan ISA













Harakahdaily
Fri | Sep 19, 08 | 5:44:03 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Hrkh) - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini setelah ditahan lapan hari lepas.

Iklan




"Saya gembira sebab telah dibebaskan dan saya okay," kata Setiausaha Penyelaras DAP itu kepada pemberita, seperti dilaporkan Bernama, ketika dibebaskan di Balai Polis Jalan Travers di sini pada 1.30 tengah hari tadi.

"Saya tidak tahu kenapa saya dibebaskan hari ini seperti mana juga saya tidak tahu kenapa saya ditahan".

Antara yang berada di balai polis itu ketika pembebasannya ialah ibunya Poh Seh Kwon dan bapanya Kok Kim Tong serta peguam N.Sankara Nair.

Kok, yang juga anggota exco kerajaan negeri Selangor, adalah antara tiga orang yang ditahan mengikut ISA pada Jumaat lepas. Dua lagi ialah penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.

Tan telah dibebaskan Sabtu lepas.

Kok ditahan mengikut Seksyen 73 (1) ISA 1960 kerana didakwa mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Kok semasa siasatan dijalankan.

"Tiada lagi sebab untuk meneruskan penahanan lanjut dan (polis) memutuskan untuk membebaskan beliau hari ini," katanya. _

Monday, September 15, 2008

SEDARLAH WAHAI KAUM UMNO

Berita tergempar diterima hari ini, sungguh mengejutkan dan tamparan hebat buat kerajaan Barisan Nasional bila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga "undang-undang" meletakkan jawatannya. Menteri berkenaan yang dilantik memegang jawatan itu setelah diangkat sebagai Senator oleh Pak Lah. Zaid Ibrahim berbuat demikian pada kira-kira pukul 2.00 petang tadi Beliau dikatakan berbuat demikian kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang masih menggunakan Akta Zalim ISA untuk menakut-nakutkan rakyat. ISA sepatutnya digunakan untuk menahan pengganas "komunis" atau "pengganas" dulu, kini telah dijadikan "alat" untuk mempertahankan pemerintah. Sebagai seorang peguam yang berwibawa, tindakan kerajaan yang langsung tidak mendengar nasihat itu jelas sekali bertentangan dengan prinsip dan amalan demokrasi di negara ini. Beliau juga berharap agar perkara ini dapat diperbetulkan segera. Negara katanya mempunyai undang-undang yang cukup untuk mendakwa mana-mana individu yang didapati bersalah dalam apa jua kesalahan termasuk "isu perkauman" seperti yang dinyatakan. Kerajaan ada berbagai akta berkaitan untuk mendakwa individu terbabit. Namun mengapakah akta zalim ISA yang sudah "kuno" dan "lapuk" itu digunakan!. Bukankah ini jelas menunjukkan yang kerjaan sudah semakin takut dengan kebangkitan rakyat.
Zaid Ibrahim berbuat demikian, susulan daripada penangkapan terbaru ISA yang melibatkan Raja Petra Kamaruddin (Blogger), YB Teresa Kok (Exco Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh) dan juga seorang wartawan dari akhbar Cina Sin Chew Daily, Tan Hon Cheng. Bagaimana pun Tan dibebaskan beberapa jam kemudian. Teresa dan Raja Petra masih terus ditahan biarpun mendapat bantahan daripada semua pihak termasuk pemimpin UMNO sendiri. Menurut Zaid beliau merasakan sememangnya isu ISA ini amat menghantui rakyat Malaysia. Tindakan kerajaan menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya jelas sekali mencabuli kebebasan dan hak-hak asasi manusia. Justeru itu beliau sudah hilang kepercayaan lagi untuk terus menerajui portfolia Menteri Undang-Undang itu. Jika pandangannya tidak diterima oleh pucuk pimpinan, maka apatah lagi pandangan rakyat terbanyak yang memerlukan pembelaan sewajarnya.
Zaid sebelum ini juga mengejutkan semua pihak kerana mencadangkan supaya Muhyiddin Yassin Menteri MITI, meletakkan jawatannya atau disingkirkan jika beliau sudah hilang kepercayaan kepada Pak Lah selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Ini berikutan tindakan Muhyiddin mengkritik serta mempertikaikan "Pelan Peralihan Kuasa" yang dilihat sudah tidak relevan lagi dengan isu-isu semasa yang berlaku sekarang. Sebelum ini Pak Lah telah bersetuju untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya, Najib Razak pada tahun 2010. Muhyiddin melihat masa itu terlalu lama dalam keadaan UMNO yang semakin "nazak" sekarang. Susulan daripada itulah Zaid dilihat mempertahankan Pak Lah dan mempertikaikan Muhyiddin. Namun media arus perdana hari ini menyiarkan berita bahawa Muhyiddin tidak akan meletakkan jawatan dan tetap pertahankan prinsipnya dan kenyataannya itu.
Mungkin akibat kecewa dan "berpegang" kepada prinsipnya, maka akhirnya Zaid Ibrahim mengambil keputusan untuk beliau sendiri meletakkan jawatan. Mungkin ini bagi membuktikan beliau sebagai "anak jantan" dalam hal ini. Baginya tindakan beliau itu mungkin meerupakan satu sindiran buat Muhyiddin yang masih tidak mahu meletakkan jawatan biarpun sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti karat itu. Maka perletakkan jawatan Zaid ini membuktikan kepada kita bahawa kerajaan BN dan UMNO terutamanya kini semakin "parah" dan sukar untuk diselamatkan lagi. Bukan sahaja pemimpin kaum lain dalam BN yang kecewa dengan UMNO, malahan juga pemimpin mereka sendiri. Apakah ini bererti riwayat UMNO akan berakhir sedikit masa lagi.
Apapun, rakyat yang cintakan demokrasi mengucapkan syabas dan tahniah atas prinsip yang dipegang oleh Zaid Ibrahim itu. Biarpun sebelum ini beliau dilihat sebagai menteri yang akan menyelamatkan UMNO dalam hal-hal perundangan. Namun sudah tiba masanya orang-orang seperti Zaid itu melihat kebenaran dan keadilan. Amat tidak wajar sama sekali kita menganiaya dan menzalimi sesama manusia dengan satu hukum yang kuno seperti ini. Mungkin selepas ini ramai lagi menteri dan ahli parlimen UMNO dan BN yang akan mengikuti jejak langkah Zaid Ibrahim. Semoga semua ini bakal menjadi satu petanda bahawa hasrat untuk perubahan dan pembentukan kerajaan baru bakal tercapai, bagi kita menyelamatkan agama, bangsa, rakyat dan negara Malaysia yang tercinta ini.

jaringan pahangdaily.blogspot.com

Thursday, September 11, 2008

BALA ALLAH KEPADA PEJUANG-PEJUANG KEBANGSAAN

Seminggu dua ini kita telah digemparkan dengan bermacam-macam peristiwa dan adegan dengan pejuang-pejuang yang memperjuangkan bangsa sebagai lambang perjuangan mereka.

Heboh dalam tv dan akhbar-akhbar berita mengenai pemimpin UMNO yang bergaduh, membunuh dan macam-macam lagi dengan satu matlamat untuk mendapat tempat di bahagian masing-masing dalam pemilihan.

Ada yang disimbah dengan asid, ada yang ditembak di hadapan anak-anak, ada yang bertumbuk di kedai kopi dan macam-macam lagi semata-mata untuk menjadi ketua bahagian dalam UMNO supaya menang dalam pertandingan.

Rasuah duit ni, jangan cakap la....berapa habis untuk melobi orang ramai supaya memilihnya.

Sedarlah, ini merupakan bala serta laknat Allah Taala kepada orang-orang yang memperjuangkan bangsa bukan memperjuangkan Islam untuk menegakkan Hakimiah Lillah.

Mungkin juga ini suatu petanda bahawa perjuangan seumpama ini akan tamat riwayat sama ada dalam masa terdekat ini atau pun bila-bila saja.

Kembalilah kepada Allah. Sementara jalan untuk berpatah balik masih dibuka oleh Allah Taala. Biar Islam yang memimpin kita. Jangan kita pimpin Islam.

Biar Allah dan Rasul menjadi tunjang perjuangan kita. Bukan bangsa serta kaum yang kita banggakan.

Sunday, September 7, 2008

OH PUTRAJAYA

16 September 2008 / 16 Ramadhan 1429 - Sama ada tarikh keramat tersebut akan menjadi kenyataan atau tidak, kita sama-sama tunggu dan lihat.

Namun, apa yang kita dapat lihat sekarang...pihak kerajaan UMNO BN begitu takut seolah-olah tarikh tersebut mengahantui setiap orang pemimpin atasan tertinggi mereka.

Buktinya kita boleh lihat beberapa agenda daripada pihak kerajaan yang zahirnya akan menghalang proses tersebut. Contohnya; BNBBC menganjurkan lawatan semua ahli parlimen keluar negara yang mana dalam keadaan ekonomi negara masih dalam keadaan gawat.

Minta pandangan membina serta ilmiah sahabat-sahabat semua. Adakah tarikh tersebut akan jadi kenyataan atau omong kosong untuk gimitkan keadaan sahaja.

Thursday, September 4, 2008

BOIKOT UCAPAN NAJIB


KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) -
Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Haji Pandikar Amin Mulia membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak membentangkan ucapan sokongan Penilaian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) yang dikemukakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas, telah menyebabkan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

Mereka lantas bangkit mengemukakan bantahan serta memohon penjelasan Pandikar Imageatas kebenaran yang diberikan kepada Najib bagi menghuraikan hal tersebut.

Namun Pandikar memberikan alasan bahawa pembentangan yang dibuat Abdullah sebelum ini tidak lengkap, tidak mencukupi serta mempunyai kelemahan.

Untuk itu, kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar daripada dewan sebagai tanda protes.

“Alasan yang dikemukakan speaker tidak dapat kami terima, kerana ia secara tidak langsung mencerminkan kelemahan Perdana Menteri,” kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Tegasnya, ia tidak ditambah pada ketika ini memandangkan beliau boleh berbuat demikian pada sesi penggulungan.

“Kalau beliau ingin membuat apa-apa penambahan mahupun penjelasan, beliau boleh menggunakan peluang ketika sesi penggulungan nanti.

“Persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang hendak membuat tambahan, kalau tidak cukup ruang semasa pembentangan sebelum ini, buat semasa sesi penggulungan,” katanya.

menurut Mahfuz, ianya hanya akan menghabiskan masa yang diperuntukkan untuk perbahasan sidang dewan.

ImageSementara itu, Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pula berpendapat tindakan speaker membenarkan ucapan tambahan oleh najib sebagai melanggar peraturan mesyuarat sidang dewan.

“Tindakan kami keluar adalah sebagai membantah ucapan Najib yang ternyata melanggar konvensyen dewan ini,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen.

Jelasnya, ia membuktikan bahawa terdapat kelemahan dalam ucapan Perdana Menteri selain membuang masa sidang untuk mendengar penjelasan tambahannya.

Dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali (PAS-Gombak) mempertikaikan tindakan Abdullah yang mewakilkan timbalannya untuk membentangkan penjelasan tersebut sebagai bukti kelemahannya.

“Kenapa PM wakilkan kepada orang lain? Kita tidak mahu terima penjelasan TPM,” katanya.

Tegasnya, ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak perlu memberikan reaksi kepada kenyataan tambahan selain apa yang berlaku menjelaskan kelemahan Abdullah yang sangat ketara.

“Kenapa kita perlu respond kepada kenyataan tambahan?” katanya.

ImageSebelum ini, Mahfuz (PAS-Pokok Sena), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berkali-kali bangkit menegur keputusan Pandikar yang memberikan ruang kepada Najib bagi membentangkan ucapan tambahan bagi pihak Perdana Menteri.

“Tan Sri tidak boleh menggunakan ruang untuk perbahasan untuk membuat penjelasan, ini peraturan mesyuarat dan kita kenalah ikut.

“Kalau tidak ia tidak bererti,” tegasnya.

namun, Pandikar menegaskan bahawa sekiranya Lim tidak berpuas hati dan ingin mengemukakan bantahan atau pandangan ianya hendaklah dibuat dalam bentuk usul.

“Tetapi itupun saya tidak jamin akan menerimanya,” katanya.

Beliau berulang kali mengingatkan ahli-ahli parlimen yang terdiri daripada kalangan intelektual agar dapat menerima keputusan bagi meneruskan sidang untuk mendengar ucapan Najib.

“Semua yang ada di sini ramai yang terdiri daripada peguam-peguam terkenal, harap dapat fahami keadaan dan terima keputusan ini,”

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) juga beberapa kali membacakan peraturan mesyuarat.

Walaupun begitu ianya tidak diendahkan langsung Speaker, menyebabkan semua ahli-ahli parlimen Pakatan Rakayat meninggalkan dewan.

http://dppwp.wordpress.com

Tuesday, September 2, 2008

"PIKET JALANAN PUNCA PELABURAN LEMBAP"

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahi Alim berkata "kebimbangan pihak tertentu dengan kemasukan pelabur yang lembap ada hubung kait dengan demostrasi jalanan yang dianjurkan oleh pembangkang".

Beliau berkata, semua pihak bekerjasama bagi mengurangkan kebimbangan itu bukannya menjadi punca kepada pelabur takut untuk melabur di negara ini.

"Sekiranya sepanjang masa buat demostrasi, pelabur mana berani masuk, yang ada pun akan lari", katanya ketika mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) Datuk Sri Anwar Ibrahim yang menganggap tiada ransangan baru dalam meningkatkan ekonomi menyebabkan ekonomi negara lembap.

kenyataan ini dipetik dari sinar harian Isnin, 1 September 2008.

minta komen dari rakan-rakan.