Sunday, February 15, 2009

Pimpinan UMNO takut teori ini...


" Sebelum saya memulakan bicara izinkan saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika apa yang ditulis ini sedikit sebanyak jika ada menyinggung hati saudara saudari, muslimin muslimat.

Sama-samalah kita beristifar bagi hamba Allah sesama islam di atas muka bumi ini dimana kita merupakan hamba Allah yang sangat lemah dan masih perlu menimba ilmu islam bagi mengenal apakah sebenarnya islam itu.

Disini izinkan saya menegur para jemaah di dalam parti islam semalaysia PAS yang sedikit sebanyak ada sebahagian ahli terlalu taksub dan mengikut perasaan tertentu. Apakah sebenarnya perasaan benci, Marah,taksub dan berbagai-bagai andaian lagi yang bagi saya sedikit sebanyak sudah tersasar dilandasan yang sebenar dari perjuangan PAS itu sendiri.

Cuba kita kaji dan kenal apakah perjuangan islam sebenar?. Adakah ia melalui parti? Ataupun ia sekadar pertubuhan? Atau sekadar perhimpunan di jalan-jalan raya menunjuk orang islam itu tidak lemah?.Ingatlah?... tidak salah hendak berhimpun.. tetapi janganlah sehingga lambang parti terkeluar sehingga pihak media cuba memutarbelitkan keadaan. Saya yakin perhimpunan-perhimpunan yang dianjur oleh PAS sebenarnya turut dihadiri oleh ahli-ahli Umno itu sendiri.

Cukuplah sekadar lambang-lambang tertentu yang boleh ahli-ahli PAS sendiri sedar bahawa perhimpunan tersebut adalah dianjurkan oleh pakatan rakyat seperti contoh lambang bersih atau lambang-lambang lain yang telah diwartakan terlebih dahulu.Tidak dinafikan sebenarnya ramai kakitangan-kakitangan kerajaan kategori profesional juga adakalanya menggunakan pendekatan tersendiri untuk menerangkan perjuangan islam itu sikit demi sedikit sehinggakan akhirnya yang mendengar merasakan parti yang memperjuangkan kebenaran itu adalah PAS dan parti-parti pakatan yang lain.

Teguran ini juga khas untuk sesetengah orang kuat PAS yang adamasanya menghentam kuat ahli-ahli Umno kerana terlalu marah kepada mereka. Bagaimanakah kita hendak menarik hati pengundi lain jika kita menghentam mereka kerana bergelar ahli Umno?.

Sebenarnya kita tersalah menyimpan perasaan marah kerana yang salah adalah Umno kerana dasarnya. Sebenarnya pimpinan PAS dahulu sudah mengkaji mengapa PAS sukar berkembang hinggakan ahli-ahli PAS itu sendiri keluar kerana tidak tahan kerana ketaksubkan jemaah-jemaah yang lain.

Semasa kepimpinan Allahyarham mantan Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Hj Fadhir Nor telah memulakan babak terbaru hinggakan PAS mula diterima oleh masyarakat non muslim hinggakan ke hari ini. Apakah sistem yang diguna pakai itu?.. tidak lain adalah satu sistem “Memasyarakatkan PAS”.
Sehinggakan kita terpaksa mendekati ahli-ahli Umno dan yang atas pagar itu sendiri.Pemahaman ini sangat penting bagi jemaah-jemaah PAS itu sendiri. Seperti contoh lain, marahkan Yahudi kita mencaci Israil. Sebenarnya perkara ini adalah salah!.

Kita sepatutnya marah kepada yahudi bukan marah kepada israil. (Tidak silap saya “Israil” adalah gelaran kepada Nabi Yaakob).Kini keadaan getir telah berlaku hasil putarbelit pemahaman yang telah dibuat oleh pihak media.

Tambahan pula keadaan semasa yang berlaku di Perak. Jemaah-jemaah PAS perlu cuba menghampiri ahli-ahli Umno untuk menerangkan erti sebenar keadilan. Bisik kepada mereka sebaik mungkin. Anggaplah kita ingin menarik semula sokongan mereka, sikit pun tak salah bahkan makin bertambah jika dilakukan sebaik mungkin hinggakan akhirnya hanya tinggal pemimpin mereka sahaja..

Ingatlah! Apabila kita menganggap kita besar sudah tentu sasaran tidak akan mengena, cukuplah menganggap kita kecil!.. apakah buktinya?.. contoh paling dekat ialah semut merah, mana sahaja serangga ini gigit sudah tentu kita akan terasa juga sakitnya dan adakah anda pula boleh mengigit serangga tersebut?"

Monday, February 9, 2009

PERMULAAN PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK


Hampir terlupa dengan kerja harian sampai terlupa untuk memasukkan cerita anak-anak di hari pertama persekolahan sesi 2009.

Saturday, February 7, 2009

Tragedi di Kuala Kangsar ibarat Gaza?


Johari Jaafar
Sat | Feb 07, 09 | 10:42:14 pm MYT


Saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan trajedi di Semenanjung Gaza, penderitaan rakyat Palestin dipaparkan di kaca televisyen.

Namun apa yang berlaku di Kuala Kangsar semalam digelapkan daripada kaca televisyen kerana BN malu mengaku kezaliman mereka.

Seorang penulis blog, Azizul NIzam Zulkifli memberitahu beliau melihat Dr. Lo' Lo' menitiskan airmata apabila merawat kanak-kanak sekolah yang berusia 10 tahun pengsan akibat asap tebal gas pemedih mata.

Rakyat dan juga dunia menyaksikan gas pemedih mata dibedil anggota FRU ke dalam masjid Ubudiyah.

Tidak kira yang muda mahupun yang tua, disepak terajang oleh anggota FRU tanpa belas kasihan. Ada yang cedera ditembak dengan peluru getah.

Ramai yang sesak nafas dan pedih mata akibat gas tersebut. Masjid bukan lagi tempat yang selamat daripada serangan polis.

Anggota pasukan keselamatan digunakan sebagai perisai untuk memisahkan rakyat daripada pandangan mata pihak pemerintah dan raja.

Rakyat kini bagaikan pengemis yang menunggu rezeki di tepi jalan dan tidak perlu dihiraukan mungkin 'mereka' melihat rakyat pun umpama satu dosa agaknya.

Rakyat mahu keadilan, kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa berkuasa di negeri ini, BN atau Pakatan Rakyat.