Sunday, July 3, 2011

Misteri dakwat kekal: Siapa bohong... SPR atau kabinet?

copyright by harakahdaily

SALAH satu daripada lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah penggunaan dakwat kekal kepada mereka yang telah membuang undi. Tuntutan penggunaan dakwat kekal ini telah disuarakan oleh Bersih bagi tujuan menghalang pengundian dua kali. Amalan ini telah dipraktikkan oleh beberapa negara termasuk India, negara pengamal demokrasi terbesar dunia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada awalnya bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal ini. Malah kerajaan BN yang menang selesa pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 turut mempersetujuinya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Abdul Raman Suliman dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 5 September 2007 berkata, keputusan untuk menggunakan tanda dakwat di kuku atau jari tangan pada PRU ke-12 (8 Mac 2008) bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

"Kita mahu rakyat percaya 100 peratus bahawa proses demokrasi sememangnya dilaksanakan di negara ini. Atas sebab itu, SPR menggunakan dakwat supaya tidak ada tuduhan di buat ke atas suruhanjaya itu walaupun memang tiada sebarang (asas) pun," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ronald Kiandee (BN-Beluran) pada sesi soal jawab Dewan Rakyat.

Menjawab soalan asal Dato' Dr. Tan Kee Kwong (BN-Segambut), beliau berkata, SPR akan melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada PRU ke-12.

"Ini bermakna setiap pemilih akan dicalitkan dengan dakwat kekal di atas jari telunjuk tangan sebelah kiri sebelum diberikan kertas undi setelah namanya disahkan terdapat dalam daftar pemilih SPR yang digunakan untuk pilihan raya umum akan datang," katanya.

Bagaimanapun janji SPR dan kerajaan BN itu tidak kesampaian kerana hanya 4 hari sebelum PRU ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, negara dikejutkan dengan sidang akhbar bersama Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Pada sidang media itu, Abdul Rashid mengumumkan keputusan SPR membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal itu kerana kononnya terdapat pihak tertentu dari Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara dan merancang untuk mencalitkannya pada kuku pengundi di luar bandar bagi menimbulkan syak wasangka mengenai status mereka.

Malah menurutnya lagi, beberapa individu telah ditahan kerana disyaki membawa masuk dakwat kekal tersebut bagi mensabotaj perjalanan pilihan raya.

Bagaimanapun tindakan SPR itu tidak disenangi anggota komponen BN khususnya Gerakan. Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pada 5 Mac 2008 berkata, tindakan SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal sedikit sebanyak menjejaskan tanggapan baik pengundi terhadap kerajaan.

Menurutnya, walaupun SPR sebuah badan bebas, namun segala yang diputuskan oleh suruhanjaya itu sering disalah anggap sebagai keputusan kerajaan BN.

"Justeru tindakan (terbaru) ini juga akan dilihat sebagai kelemahan kerajaan sedangkan keputusan itu dilakukan oleh SPR," katanya kepada pemberita.

MCA turut menyatakan rasa kesal dan mempersoalkan keputusan SPR membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir sebelum hari pengundian.

Pengerusi Bilik Gerakan Pilihan Raya MCA Pusat, Wong See Wah berkata, SPR seharusnya mengkaji penggunaan dakwat berkenaan sebelum melaksanakannya dan bukan membatalkan cadangan pada saat-saat akhir.

"Kami juga marah dengan tindakan sesetengah pihak yang terlibat dalam penyeludupan dakwat kekal dengan niat untuk menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun sehari kemudiannya, komen-komen menyokong tindakan SPR itu mula dilaporkan media pro-BN guna mempengaruhi pendapat umum.

Rencana Pengarang Utusan Malaysia pada 6 Mac walaupun menyifatkan tindakan itu sebagai 'satu kejutan' tetap memberikan sokongan kepada SPR yang disifatkan "telah mengambil keputusan yang betul" dan "berani mengambil tindakan tidak popular demi menegakkan keadilan".

Akhbar milik Umno itu yakin dengan penjelasan SPR dan polis kononnya ada rancangan pihak terbabit hendak mencalit dakwat kekal pada kuku pengundi di kawasan luar bandar.

"Bayangkan jika SPR memandang ringan perkara ini. Bagaimana jika pihak tertentu itu berjaya memperdaya dan mencalit dakwat pada kuku pengundi berdaftar di kawasan luar bandar itu adalah pengundi yang berhasrat mengundi BN.

"Bagaimana dia hendak dibenarkan masuk ke pusat mengundi jika kukunya sudah dicalit dakwat. Sudah tentu dia tidak dibenarkan mengundi.

"Kekecohan tentu berlaku dan keselamatan pengundi dan penyokong parti-parti politik tidak terjamin. Perkara yang sama juga tentu tidak digemari oleh parti pembangkang jika perbuatan sabotaj ini terkena kepada pengundi yang mahu menyokong mereka," akhbar itu berhujah.

Sentimen sama dikongsi Najib Razak yang ketika itu menjawat Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Sambil menyifatkan tindakan SPR itu sebagai tepat, Najib menegaskan dakwaan kononnya mungkin berlaku unsur sabotaj untuk menimbulkan kekecohan pada hari mengundi.

Menurutnya, ada pihak boleh mempengaruhi sesetengah pengundi untuk menggunakan dakwat yang sama pada kuku jari sehingga menyebabkan mereka tidak layak mengundi.

"Kalau tidak layak mengundi, kita telah menafikan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akan timbul banyak kekecohan dan ketegangan pada hari mengundi.

"Jadi tindakan SPR ini merupakan satu langkah yang amat tepat,” kata Najib selepas menghadiri majlis peneroka bersama pemimpin dan pelancaran Hotel Felda Residence di Kuala Terengganu pada 5 Mac 2008.

Setiausaha Agung Umno, Radzi Sheikh Ahmad pula menyifatkan penggunaan dakwat kekal akan mewujudkan banyak masalah apabila para pengundi menolak peraturan baru tersebut pada hari pembuangan undi.

"Mengikut peraturan yang dicadangkan oleh SPR, seseorang pengundi diberi pilihan sama ada mencalit dakwat di kuku dan jika tidak mahu, mereka perlu menandatangani borang yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, pengundi juga berhak menolak untuk tidak menandatangani borang itu dan akhirnya kertas undi diberi juga. Inilah yang mengelirukan orang," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin Hussein turut melihat keputusan SPR itu sebagai munasabah.

"SPR merupakan satu badan bebas. Sekiranya tindakan ini dapat menghalang kemunculan dakwat yang mencurigakan dan boleh menggugat ketelusan pilihan raya, maka kami Pemuda tidak ada masalah dengan keputusan itu," katanya dipetik Utusan Malaysia.

Ketua Penerangan Umno, Muhammad Muhd. Taib pula percaya SPR bertindak demikian selepas menyedari terdapat cubaan untuk menggagalkan pelaksanaannya semasa proses pengundian.

"Apa yang membimbangkan, sekiranya dilaksanakan juga sedangkan semua dakwat yang telah dibeli dari luar negara itu sudah diedarkan serta digunakan, ia boleh mencetuskan kekacauan pada hari pengundian kelak," ujarnya.

Manakala Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad turut menyambut baik keputusan SPR itu kerana bimbang berlaku penipuan sekiranya cadangan itu diteruskan.

Setiausaha Kerja Umno, Husainay Hashim pula dilaporkan berkata, pembatalan cadangan penggunaan dakwat kuku tidak perlu dipertikaikan kerana dibuat demi menjamin kelancaran proses pengundian.

Ketua Biro Undang-Undang Wanita Umno, Kamelia Ibrahim berkata, dakwat itu digunakan sebagai ‘senjata’ oleh pihak tertentu untuk menghalang pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo berpendapat, proses pembuangan undi sebelum ini lebih sesuai digunakan daripada menggunakan tanda dakwat kekal di kuku.

"Lebih baik kita mengadakan pilihan raya seperti biasa jika penggunaan dakwat ini bakal menimbulkan masalah dan 'mengancam keselamatan negara'," katanya mengulangi kata-kata hikmat pemimpin Umno dan BN.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak akur dengan keputusan SPR yang membatalkan penggunaan dakwat kekal kerana ia dibuat bagi melancarkan proses pilihan raya umum.

Menurutnya, langkah SPR itu bukanlah satu penipuan seperti yang didakwa oleh pembangkang.

"Ini bukan kali kedua atau ketiga kita terlibat dalam pilihan raya tetapi dah masuk 12 kali. Kemenangan kita dalam pilihan raya adalah berdasarkan kepada kerja kuat, kepercayaan rakyat dan bukan kerana kita menipu," katanya penuh yakin.

Begitulah bersemangatnya para pemimpin Umno mempertahankan langkah SPR dan sekali lagi faktor 'keselamatan negara' dijadikan hujah untuk menyokong sikap 'flip-flop' SPR itu.

Bagaimanapun cerita sebenar pembatalan penggunaan dakwat kekal itu didedahkan sendiri Ab. Rashid ketika merasmikan "Seminar Kebangsaan Pilihan Raya 2008: Demokrasi Berjalan" anjuran Unit Kajian Penyelidikan Pilihan Raya, Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 17 Mei 2008, kira-kira dua bulan selepas PRU12 berlangsung.

Ketika menjawab soalan Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan, Pengerusi SPR itu mengakui bahawa keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal di kuku jari pengundi itu dibuat atas ARAHAN KABINET.

"Kabinet menolak cadangan (penggunaan dakwat kekal) itu. Cadangan peraturan itu ditolak kabinet," kata Ab Rashid selamba.

Bagaimanapun Ab. Rashid mendakwa kononnya anggota PAS membeli dakwat tersebut daripada Thailand dan merancang mencalitkannya pada kuku jari pengundi-pengundi tua di kampung-kampung.

"Umno juga beli dakwat tersebut," dakwanya.

Beliau turut menyatakan pandangan bahawa penggunaan dakwat kekal itu bertentangan dengan artikel 119 Perlembagaan.

Pengakuan Ab. Rashid ini tentunya mengejutkan. Jelas SPR yang sepatutnya bertindak sebagai badan bebas telah tidak bersikap bebas kerana menerima bantahan kabinet. 'Keberanian' beliau untuk mendedahkan perkara sebenar bukan suatu yang mengejutkan kerana Ab. Rashid sebenarnya bersara daripada jawatannya pada hujung tahun 2008.

Pengakuan terbuka Ab. Rashid yang disiarkan Malaysiakini dan Harakahdaily tentunya menarik minat para pemimpin Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sesi soal jawab di Parlimen pada 24 Jun 2008 mendakwa Ab. Rashid bersama-sama Peguam Negara dan Ketua Polis Negara telah menipu rakyat dengan menyatakan keselamatan sebagai sebab penggunaan dakwat kekal dibatalkan sedangkan ia adalah arahan kabinet.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz yang memang terkenal dengan tabiat 'bersilat lidah'nya menafikan dakwaan Ab. Rashid itu dengan berkata Jemaah Menteri tidak pernah mengarahkan Ab. Rashid untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam PRU ke-12.

Kata Nazri, walaupun Jemaah Menteri tidak menyokong cadangan penggunaan dakwat kekal itu namun mereka hanya meminta Ab. Rashid menimbangkan perkara tersebut dengan mengambil kira pelaksanaannya mungkin bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini berbangkit di mesyuarat Jemaah Menteri dua minggu sebelum pembubaran Parlimen," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Guan Eng (DAP-Bagan).

Namun Nazri mendakwa keputusan sama ada untuk meneruskan penggunaan dakwat kekal atau tidak masih terletak pada SPR sebagai autoriti yang kompeten dan bebas, kononnya.

Tambah Nazri, kerajaan juga belum bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap Pengerusi SPR atas kenyataannya bahawa beliau telah diarah oleh Jemaah Menteri untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal.

Nampaknya masing-masing pihak mengelak untuk bertanggungjawab dalam isu ini. Ab Rashid menyalahkan kabinet dan kabinet pula melalui parlimen mendakwa Pengerusi SPR berbohong.

Berbohong sudah menjadi lumrah pemimpin BN dan sedikit demi sedikit sudah mula ditiru golongan birokrat. "Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong LAMA-LAMA JADI MENTERI," bait puisi Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Usman Awang mengukuhkan lagi tanggapan ini.

Oleh kerana tidak sanggup untuk dibohongilah Bersih 2.0 muncul dengan lapan tuntutan baru termasuk penggunaan dakwat kekal ini.

Pengerusi SPR yang baru, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam satu kenyataan bertarikh 17 Januari 2009 mendakwa SPR tidak menolak kemungkinan menggunakan dakwat kekal dalam PRU akan datang selepas penggunaannya dibatalkan semasa PRU ke-12.

SPR sedang mengkaji kelemahan penggunaan dakwat kekal itu untuk proses penambahbaikan supaya rancangan penggunaannya dapat diteruskan, katanya.

Katanya, jika penggunaan dakwat kekal pada kuku itu didapati mampu menawarkan proses pengundian lebih telus dan adil kepada pengundi, ia mungkin digunakan pada masa depan, katanya ketika meninjau proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Bariah, Pasir Panjang.

Kata Abdul Aziz, kajian tersebut boleh siap dalam tempoh empat tahun sebelum pilihan raya umum akan datang berlangsung.

Bagaimanapun jelasnya, jika hasil kajian diperoleh lebih awal, SPR akan menggunakannya dalam mana-mana pilihan raya kecil jika ada.

"Lagi cepat lagi baik. Jika cepat, kita akan mulakan dengan pilihan raya kecil jika ada sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13," ujarnya.

Itulah janji Abdul Aziz. Tapi hingga kini tiada tanda-tanda dakwat kekal akan digunakan. Beliaupun sebenarnya mempunyai kecenderungan untuk berbohong seperti Pengerusi SPR terdahulu.

Ini menjadi alasan paling kukuh mengapa kita perlukan Bersih 2.0.

Ia bukan sahaja untuk menuntut pilihan raya yang telus dan adil. Ia juga perlu untuk membersihkan negara daripada para pembohong dan pendusta.

Agung titah kerajaan adil dan bijaksana

copyright by Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Bersih 2.0 yang didokong oleh berpuluh-puluh NGO dan parti politik merancang untuk mengadakan perhimpunan 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung memohon baginda membantu mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil untuk rakyat negara ini.

Lapan tuntutan dikemukakan untuk tujuan tersebut iaitu:-

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Tuntutan ini adalah kesinambungan Bersih pertama yang dibuat menjelang pilihan raya ke 12 lalu.

Berikut adalah kenyataan penuh baguida.

TEKS PENUH KENYATAAN YANG DIPERTUAN AGUNG

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Pengharaman baju BERSIH, apa kata rakyat?

Pada 29 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

NONE"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya.

Sejak pengumuman itu, beberapa wakil rakyat Pakatan dan hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Malaysiakini menemui 14 orang di sekitar ibunegara untuk meninjau pandangan mereka mengenai kenyataan Hishammuddin mengenai pengharaman pemakaian baju-T kuning BERSIH itu.

Hasil tinjauan mendapati sebahagian besar daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu.

Berikut adalah pendapat mereka:

NONERodzi Baharom, 45 (arkitek):

“Selagi rusuhan masih belum berlaku, tindakan Hishammudin dilihat sebagai tidak wajar kerana perkara itu tidak mengancam (keselamatan) negara dan hanya berkaitan dengan pemakaian baju.

“Bukan baju tulis perkataan lucah. Perkara seperti ini tidak diambil perhatian (baju ada perkataan lucah). Kenapa yang berkaitan politik diambil perhatian?”

NONEMohd Zaki Mohd Simal, 19:

“Pemakaian baju-T berkenaan adalah lebih kepada kebebasan rakyat, malah perhimpunan tersebut turut disokong oleh majoriti rakyat menurut undian yang dilakukan oleh The Star. (Nota pengarang: Akhbar itu bagaimanapun membatalkan bancian itu dan mendakwa terdapat kepincangan dalam sistem undian berkenaan)

“Kalau budak-budak pakai baju BERSIH, takkan budak-budak itu hendak kena tangkap kot?” kata Zaki, yang juga mempersoalkan kebebasan untuk berpakaian.

NONELee Kah Kee, 19, pula merasakan perkara itu tidak wajar kerana baginya perhimpunan berkenaan bukanlah satu perhimpunan yang haram.

NONE Norhuda Ali, 25 mempertikaikan tindakan 'pengharaman' baju-T itu dan mempersoalkan sama ada mereka yang memakai baju berwarna kuning akan turut ditahan sama.

“Kalau pakai baju kuning keluar jalan tak kan hendak kena (tangkap) juga?” katanya.

NONEBagi Banu Priya Tiagarajan, juga 19 yang sedang menuntut di salah sebuah institusi penerbangan perhimpunan itu hanyalah sekadar untuk berhimpun bersama.

“Bagi saya itu tidak adil, pakai baju BERSIH bukan salah,” katanya.

Sahahruddin Abdul Majid 53, berkata tujuan pihak tertentu membuat perhimpunan BERSIH ini adalah dijalankan secara aman bukannya haram, sekiranya mereka tidak membuat tindakan sebegitu rakyat mungkin tidak akan tahu perkara yang kerajaan buat.NONE

"Kita tengok 4 tahun lepas mereka tidak ganggu orang (dalam demo) kenapa perlu disembur dengan air, pakai baju kuning pun tidak buat apa kesalahan.

“Jika tidak ada pembangkang, kita (rakyat) tidak tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Tambahnya, pemakaian baju kuning tidak menganggu orang ramai tetapi logo baju tersebut mungkin menyebabkan mereka ditangkap dan didakwa oleh pihak kerajaan.

"Memang tidak salah (pakai baju-T BERSIH) dia tidak kacau orang, cuma logo yang jadi masalah, dianggap mengkritik kerajaan... Bagi kerajaan semua mereka buat betul, pihak lain tidak betul," katanya.

NONEManiammah Masilamani, 22 pula merasakan tindakan Hishammuddin sebagai tidak wajar kerana demonstrasi itu sendiri masih belum berlaku dan negara masih dalam keadaan yang aman.

“Semua kedai lepas ni tidak boleh letak (cat) warna kuning ke?” soalnya.

NONEMeghala Balasubramaniam, 29, berkata pemakaian baju-T BERSIH tidak patut diharamkan kerana ia hanya dianggap perkara lazim.

"Tidak perlu diharamkan baju BERSIH, itu hanya perkara biasa dan bukannya salah pun, kerajaan patut bertimbang rasa" katanya.

NONENuruddin Mohamad, 28, berkata baju bukanlah satu masalah tetapi kerajaan 'mengharamkan' pemakaian baju-T tersebut berkemungkinan disebabkan kebimbangan kerajaan terhadap perhimpunan yang akan berlangsung

“Tidak wajar (pengharaman), sebab itu pakaian, bukan tindakan,” katanya.

NONEGraduan lepasan Universiti Michigan, Caryn Kong, 23, berkata larangan permakaiaan baju itu tidak wajar kerana perkara itu menunjukkan pemikiran rakyat bukan di dalam negara yang sudah mencapai pembangunan.

"Saya rasa tidak wajar, kerana sampai bila mereka patut didakwa, perkara tersebut tidak akan menunjukkan rakyat dalam negara ingin membangun," katanya.

NONENamun terdapat juga kumpulan yang merasakan tindakan Hishamuddin adalah sesuatu yang wajar dengan tujuan untuk menjaga keamanan negara.

Bagi Syaza Jamaluddin, 23 berkata menerusi pengalamannya sebelum ini yang pernah menyaksikan demonstrasi, tindakan 'pengharaman' berkenaan adalah wajar.

“Kalau untuk mengelakkan berlaku rusuhan lagi memang wajarlah (pengharaman t-shirt BERSIH),” katanya.

Bagi pegawai bank, Nurhusna Abu Mansor, 29, tindakan tersebut wajar dilakukan sebelum huru-hara berlaku di dalam negara yang disebabkan oleh perhimpunan tersebut.

“Kalau benda itu menimbulkan huru-hara, wajarlah (pengharaman t-shirt),” katanya.

NONEMuhd Syahril Syarifudin 26, pula bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa membuat tangkapan dan rampasan ke atas mereka yang memakai dan memiliki baju-T BERSIH 2.0 sekiranya perkara itu menunjukkan ia didalangi sesebuah parti politik.

"Rampaslah t-shirt tu sekarang, kalau itu merupakan simbol dari parti mereka sendiri," kata Syahril.

Namun, beliau meluahkan rasa tidak senang dengan iklim politik yang berlaku sekarang kerana kekecohan ditimbulkan hanya dengan warna baju yang dipakai oleh seseorang.

NONERoslan Mohamad 25, berkata sekiranya mereka yang memakai baju-T BERSIH membuat kekecohan, mereka memang patut ditangkap.

"Kalau mereka pakai baju-T BERSIH berwarna kuning tu, buat kecoh memang bolehlah ditangkap" katanya.

Tambahnya lagi, perhimpunan BERSIH yang akan diadakan 9 Julai ini adalah satu cara pihak penganjur untuk menyatakan hasrat mereka kepada kerajaan.

"Mereka nak memimpin dalam kerajaan, tetapi mereka tidak boleh bersuara," katanya.

Sejak pengumuman Hishamuddin Rabu lalu, polis terus menghambat penyokong BERSIH 2.0. Setakat ini tidak kurang tujuh wakil rakyat Pakatan juga telah ditangkap.

NONEAntara mereka adalah ADUN Lukut Ean Yong Ting Sin, ADUN Bahau Teo Kok Seong, ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye , ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang dan ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar.

Friday, July 1, 2011

FIQH AL JIHAD: MENENTANG PEMERINTAH ISLAM YANG ZALIM(Bahagian 3)

Dalam bahagian yang kedua (click sini) , penulis telah membincangkan 2 pendapat di kalangan ulama’ terhadap masalah menangani pemerintah Islam yang zalim.

Kesimpulannya, wajib atas rakyat yang berupaya berusaha memecat pemerintah yang zalim kerana pada ketika itu, bencana yang terbit dari tindakannya itu tidak terhenti setakat dirinya sahaja atau beberapa orang yang tertentu sahaja malahan menimpa ke atas rakyat seluruhnya.

Pemerintah Islam Yang Munafik
Boleh jadi ada setengah yang menduduki kerusi pemerintahan itu tergolong dalam orang-orang munafik yang melindungi musuh Allah sedangkan mereka berpura-pura menunjukkan diri mereka sebagai orang-orang Islam dengan mengerjakan setengah-setengah ibadah di hadapan orang ramai.
Ini merupakan salah satu daripada taktik orang munafik mengabui mata rakyat yang beragama Islam. Hakikatnya, mereka sebenarnya memerangi umat Islam dalam negaranya.
Kewajipan Memelihara Bahtera Yang Selamat

Daripada Nu’man bin Basyir r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Perumpamaan mereka yang berada dalam batasan sempadan (agama) Allah dan mereka yang terjerumus ke dalamnya adalah seperti kaum yang mengundi untuk mendapatkan tempat masing-masing dalam sebuah kapal, antara mereka ada yang dapat di tingkat atas kapal dan sebahagian lain beroleh di tingkat bawah. Mereka yang berada di bawah akan melalui yang berada di bahagian atas untuk mengambil air, mereka berkata sekiranya kita tebuk saja tempat kita ini kita tidak perlu mengganggu mereka (yang di atas) lagi. Sekiranya dibiarkan mereka laksanakan cadangan tersebut, maka akan binasalah sekalian penumpang, dan kalau dicegah rancangan itu akan selamatlah mereka dan penumpang semuanya.” (Riwayat Bukhari)

Hadis di atas menunjukkan Nabi s.a.w. membuat perumpamaan tugas amar ma’aruf nahi munkar dengan bahtera yang ditebuk penumpangnya kerana ingin mendapatkan air. Akibatnya, bahtera akan tenggelam sekiranya dibiarkan orang yang di bawah menebuk lubang. Baginda s.a.w. mengajar kita bahawa HARAM bagi orang ramai mendiamkan diri apabila melihat tindakan sebarang manusia yang hendak menebuk bahtera masyarakat yang dinaiki oleh umat Islam, kerana perbuatan itu akan membinasakan bahtera itu berserta penumpang-penumpangnya. Tidak kira lah siapa pun penebuk bahtera itu sama ada nakhoda atau anak kapal.

Bayangkan kalau nakhoda(pemerintah) sendiri yang menebuk kapal itu, tiba-tiba ada yang berkata HARAM guna senjata untuk menghalang kapten itu. Kalau benar ada yang berkata sedemikian, seolah-olah ia membawa erti bahawa wajib dikorbankan seluruh orang Islam dan kerajaan mereka untuk memelihara kepentingan seorang zalim yang bersenda-senda dengan hukum Allah dan tidak buat sedikit perhitungan pun dengan balasan di akhirat. Perkataan seumpama itu tidak pernah diucapkan oleh sesiapa pun di kalangan ulama’ salaf mahu pun khalaf.

Sebarang kelakuannya yang menunjukkan bahawa dia seorang Islam tidaklah boleh dijadikan alasan yang dia tidak boleh ditentang. Oleh sebab itulah menurut pendapat jumhur ulama’ bahawa HARUS bagi umat Islam menderhakai pemerintah yang mentadbir urusan rakyatnya dengan cara-cara bid’ah yang tiasa asas sama sekali dalam Islam.

Ini menunjukkan bahawa setengah hadis yang menyuruh kita taatkan pemerintah-pemerintah dan menegah orang-orang Islam bangkit menentang mereka dikaitkan dengan syarat selama mana mereka mendirikan agama di kalangan rakyat. Rasulullah bersabda:
ان هذا الأمر في قريش لا يعاديهم الا كبّه الله على وجهه ما أقاموا الدين
Yang maksudnya: “ Sesungguhnya urusan pemerintahan ini adalah terletak pada Quraisy. Tiada yang memusuhi mereka melainkan akan dimurkai Allah iaitu selama mereka mendirikan agamanya.
Begitulah sayugia difaham dari semua hadis-hadis nabi yang menegah rakyat menderhaka terhadap pemerintah-pemerintah Islam, iaitu selagi mereka mendirikan agama di kalangan rakyat meskipun mereka sendiri ada melakukan maksiat yang dikategorikan dalam dosa besar.

Tidak ada yang terkecuali daripadanya melainkan pemerintah yang meninggalkan sembahyang, tidak mendirikannya bersama-sama orang ramai dan tidak menyeru mereka kepadanya. Kalau ada pemerintah yang meninggalkannya, maka wajib ditentang walaupun dia menjalankan perkara-perkara agama yang lain di kalangan rakyat, kerana dosa besar ini telah disebut dalam banyak hadis –hadisnya sebagai satu-satunya yang mengharuskan rakyat menderhakai pemerintah mereka yang mengaku dirinya orang Islam.

Tribute To Faqih Ibnu Abbas , Semoga Allah Merahmati Beliau...Amin...

FIQH AL JIHAD: MENENTANG PEMERINTAH YANG ZALIM V2.0

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, June 8, 2011 | Category: |

Hujjah Golongan Pertama

Dalil-dalil golongan pertama(Wajib taat kepada pemerintah walaupun zalim selagimana pemerintah tidak menyuruh kepada maksiat)

Ada beberapa hadis yang menyuruh rakyat supaya taat dan patuh kepada pemerintah dan yang paling jelasnya ialah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ubadah bin Samit r.a. katanya:
“Rasulullah s.a.w. telah memanggil kami maka kami sahut panggilan baginda dan terus bermubaya’ah dengan baginda. Antara perkara yang kami berjanji dalam mubaya’ah itu ialah taat setia dalam masa suka atau duka, senang atau susah, dan akan berkorban, dan tidak merebut kuasa dari tangan orang yang memegangnya. Sabdanya :kecuali jika kamu lihat kekafiran yang terang-terang yang kamu dapat bukti menurut pengajaran Allah s.w.t.”

Kedua, hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah bahawa Rasulullah s.w.t. telah bersabda:
“Akan dilantik ke atas kamu para pemerintah, ada yang kamu kenali (yang baik) dan ada yang kamu sangkal(yang jahat). Maka barangsiapa yang membenci, maka ia telah membersihkan dirinya, dan barangsiapa yang menyangkal maka selamatlah dia. Akan tetapi barangsiapa yang hatinya rela dan menurut sahaja…Ujar mereka: “Wahai Rasulullah, tidakkah patut kami perangi mereka? Jawab baginda: Jangan, selama mereka mendirikan sembahyang.”

Ketiga, Hadis yang diriwayatkan oleh Auf bin Malik al Asyja’ie, katanya: “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik pemerintah kamu ialah mereka yang kamu kasihkan mereka dan mereka kasihkan kamu. Kamu berdoa bagi mereka dan mereka berdoa bagi kamu. Dan sejahat-jahat pemerintah ialah mereka yang kamu benci kepada mereka dan mereka bencikan kamu. Kamu melaknati mereka dan mereka melaknati kamu. Lalu para sahabat berkata, “ Tidakkah kami mesti bangkit menentang mereka? Jawab baginda, “Jangan! Selama mereka mendirikan solat bersama kamu(sabdanya dua kali). Kecuali jika ada orang melihat pemerintah itu melakukan sesuatu maksiat kepada Allah maka hendaklah ia membenci apa yang dilakukan dari maksiat itu tetapi jangan sekali-kali menarik diri dari mentaatinya..”

Jelas bahawa hadis di atas menjadi dalil bahawa haram bagi orang Islam bangkit menentang pemerintahnya yang beragama Islam, dengan menggunakan pedang (senjata) dan merebut kuasa dari tangannya untuk diserahkan kepada orang lain, kecuali jika ia keluar dari agama Islam atau meninggalkan sembahyang dan tidak mendirikannya dengan orang ramai.

Hujjah pihak kedua

1.Adapun mereka yang lain dari mereka itu adalah berhujjah dengan ayat-ayat suci dan banyak hadis-hadis yang warid yang mewajibkan “Al Amru bil ma’ruf wan Nahyu ‘anil munkar”, dan tiada padanya sebarang perbezaan yang mesti dilakukan di antara orang-orang yang mengabaikan ma’aruf dan mengerjakan munkar.

2.Begitu juga mereka berdalilkan dengan hadis-hadis yang menegah taatkan pemerintah dalam perkara maksiat terhadap Allah ta’ala sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

لا طاعة في مغصية الله انما الطاعة في معروف
“Tidak harus taatkan sesiapa kerana melakukan maksiat terhadap Allah. Sesungguhnya ketaatan itu ialah pada perkara kebaikan.”
Dan sabdanya lagi,
على المرء المسلم السمع و الطاعة فيما أحبّ وكره الاّ أن يؤمر بمعصية فان أمر بمعصية فلا سمع و لا طاعة

Wajib di atas orang Islam itu taat dan patuh sama ada pada perkara yang dia suka atau tak suka, kecuali jika disuruh melakukan maksiat. Maka kalau ia disuruh melakukan maksiat, tidaklah wajib ia taat dan patuh.”

3. Mereka juga berdalilkan bahawa Allah ta’ala memerintah orang-orang Islam bertolong menolong di atas perkara- perkara kebajikan dan takwa dan mengharamkan ke atas mereka bertolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Firman Allah:
“Dan bertolong menolonglah dalam perkara kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.”
Bersikap diam terhadap pemerintah yang zalim sedangkan dia melakukan penganiayaan ke atas hamba-hamba Allah adalah merupakan perbuatan bertolong menolong atas dasar dosa dan permusuhan.

4. Mereka juga berdalilkan dengan hadis-hadis yang menggesa individu muslim mempertahankan harta benda dan maruah kesopanannya dan kalau dia mati kerana tindakannya itu, maka matinya adalah mati syahid yang dimuliakan di sisi Allah ta’ala. Menurut sebuah hadis sahih baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
من قتل دون ماله فهو شهيد و من قتل دون دمه فهو شهيد قتل دون دينه فهو شهيد ومن قتل دون أهله فهو شهيد
“Barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan nyawanya maka dia syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia juga syahid.”
Hadis-hadis yang telah dikemukakan juga meliputi keadaan sekiranya seorang pemerintah mencabuli hak seseorang atau sekumpulan orang-orang Islam lalu mereka mempertahankan hak-hak mereka. Mereka berhak berbuat demikian bahkan kematian mereka dikira sebagai mati syahid kalau dibunuh oleh pemerintah yang zalim dalam keadaan mereka mempertahankan hak-hak mereka.

PENDAPAT YANG DITARJIHKAN

Kaedah menentang pemerintah Islam yang zalim hendaklah ditentukan dengan membezakan antara jenis-jenis kefasikan dan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah-pemerintah Islam itu. Sekiranya perkara itu termasuk dalam perkara-perkara peribadi yang mendatangkan mudarat kepada mereka dari segi agama atau mendatangkan mudarat kepada sebahagian kecil daripada rakyat tanpa sampai kepada tahap yang membuktikan bahawa pemerintah itu telah mengikuti suatu jalan yang terpesong jauh dari jalan Allah dalam perjalanannya mentadbir urusan rakyat, maka perbuatan fasiq dan maksiat yang dilakukan itu tidaklah mengharuskan orang ramai menderhaka terhadapnya dan bangkit menentangnya dengan mengerah penyokong dan pembantu, serta menggunakan senjata untuk menjatuhkannya, selagi dia memimpin orang ramai menurut jalan Allah dan syariatnya dengan secara umum kerana dia tidak mendatangkan bencana kepada mereka dari segi agama, malahan apa yang dilakukannya itu hanya mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Kalaupun ada terlibat di dalamnya beberapa orang tertentu, yang demikian tidaklah boleh disamakan dengan fitnah yang akan timbul dengan memecahbelah perpaduan dan pertumpahan darah jika senjata digunakan untuk menjatuhkannya.

Sebaliknya kalau kefasiqan pemerintah itu dan kemaksiatannya kepada Allah merupakan suatu jalan lain yang dipaksakan atas rakyat untuk menerimanya, bukan jalan yang diredhai Allah baik dari segi akidah, akhl;aka tau hukum-hukum dan memimpin mereka tanpa menggunakan kitab Allah dan sunnah rasulNya, maka fitnah yang timbul dari kesabaran melihat penyelewengan yang melampaui batas itu adalah jauh lebih besar daripada fitnah yang ditimbulkan dengan sebab tindakan menentangnya dan menghunus pedang terhadapnya.
Wajiblah ke atas orang- orang Islam berjihad menentang pemerintahan seumpama itu dan mengambil segala daya usaha yang halal untuk melucutkan dia dari tampuk pemerintahan dan menggantikan dia dengan salah seorang yang akan memimpin dan memerintah rakyat menurut landasan Allah yang Maha Suci kerana berjihad menentang orang-orang kafir itu sendiri pun tidak disyariatkan melainkan dengan tujuan untuk menyingkir manusia-manusia durjana yang memegang tampuk pemerintahan itu dari mendatangkan fitnah kepada rakyat jelata dan untuk menyekat tindakan mereka menahan hamba-hamba Allah dari jalan yang benar dan menikmati cahayaNya, agar dapat mereka memaksa manusia menghayati cara-cara hidup yang dibentuk menurut keinginan hawa nafsu mereka. Allah ta’ala berfirman:

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan Yang baik) kerana Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang mereka kerjakan.”

Tidaklah dikatakan seseorang itu pelampau apabila dia berkata seorang pemerintah itu wajib diderhakai kalau sudah jadi tekadnya menyekat manusia dari mengikuti jalan Allah dan memaksa mereka menggunakan hukum-hukum yang tidak kena mengena dengan syariat Allah seraya memfitnahkan mereka dalam agama mereka, meskipun pemerintah itu berpura-pura melahirkan dirinya sebagai seorang Islam. Kerana orang Islam tidak setuju pelantikannya sebagai pemerintah melainkan supaya dia menolong mereka dalam usaha agama mereka., agar agama kekal dalam negeri mereka dan terus tersebar ke serata pelosok dunia.

Posted by : Ibnu Abbas