Monday, February 9, 2009

PERMULAAN PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK


Hampir terlupa dengan kerja harian sampai terlupa untuk memasukkan cerita anak-anak di hari pertama persekolahan sesi 2009.

Saturday, February 7, 2009

Tragedi di Kuala Kangsar ibarat Gaza?


Johari Jaafar
Sat | Feb 07, 09 | 10:42:14 pm MYT


Saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan trajedi di Semenanjung Gaza, penderitaan rakyat Palestin dipaparkan di kaca televisyen.

Namun apa yang berlaku di Kuala Kangsar semalam digelapkan daripada kaca televisyen kerana BN malu mengaku kezaliman mereka.

Seorang penulis blog, Azizul NIzam Zulkifli memberitahu beliau melihat Dr. Lo' Lo' menitiskan airmata apabila merawat kanak-kanak sekolah yang berusia 10 tahun pengsan akibat asap tebal gas pemedih mata.

Rakyat dan juga dunia menyaksikan gas pemedih mata dibedil anggota FRU ke dalam masjid Ubudiyah.

Tidak kira yang muda mahupun yang tua, disepak terajang oleh anggota FRU tanpa belas kasihan. Ada yang cedera ditembak dengan peluru getah.

Ramai yang sesak nafas dan pedih mata akibat gas tersebut. Masjid bukan lagi tempat yang selamat daripada serangan polis.

Anggota pasukan keselamatan digunakan sebagai perisai untuk memisahkan rakyat daripada pandangan mata pihak pemerintah dan raja.

Rakyat kini bagaikan pengemis yang menunggu rezeki di tepi jalan dan tidak perlu dihiraukan mungkin 'mereka' melihat rakyat pun umpama satu dosa agaknya.

Rakyat mahu keadilan, kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa berkuasa di negeri ini, BN atau Pakatan Rakyat.



Wednesday, January 14, 2009

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNG

"Kita sebagai ibubapa yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak
kita sama ada menjadi muslim sejati atau yahudi atau nasrani".


"Ya bunayya, aqimi sholah wa'mur bilma'ruf
wanha 'anil mungkar washbir 'ala ma asho bak"...


"Suruhlah anak kamu sembahyang ketika berumur 7 tahun,
pukullah anak kamu sekiranya dia tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun".

Monday, January 12, 2009

DI HARI PEMERGIAN POK CIK YA



Tarikh : 7 Januari 2009 (Rabu)
Masa Meninggal : Lebih Kurang 1.30 pg
Masa Kebumi : Lepas Solat Asar

DEMAM ; PAKAI COOLFIVER

Masih sempat lagi buah walaupun dalam keadaan tak sihat. Demam, batuk & selesema.

LAPAR AGAKNYA ANAK UMMI NI...

Tak sabar menunggu ummi menyuap makanan. Biasa la...anak baru belajar-belajar makan.

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1430 HIJRIAH/2009 MASIHI

Kami tiga beradik ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU Hijriah & Masihi kepada Abi dan Ummi. Tok Ayah, Tok Abah serta Tok Ma, seluruh keluarga sebelah Abi dan Ummi serta semua kekawan yang mengenali kami.

Semoga tahun ini bermula titik permulaan untuk kita menambahbaik lagi segala amal ibadah kita kepada Allah Rabbul Jalil.

Wallahu'alam.