Tuesday, May 26, 2009

Tengku Mahkota Kelantan dilantik Pemangku Raja

KOTA BHARU, 25 Mei : - Tengku Mahkota Kelantan kini dilantik sebagai Pemangku Raja memandangkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sedang gering.

Tengku Muhammad Faris Petra menjalankan tugas Sultan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Pelantikan tersebut berkuatkuasa pada 24 Mei 2009 sehingga Tuanku Ismail Petra sembuh daripada kegeringan.

Pengisytiharan mengenai perkara itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias dalam satu kenyataan kepada media di sini, semalam.

"Hendaklah ada satu pangkuan Raja di dalam negeri apabila Sultan gering dan tidak boleh menjalankan tugas menjaga hal ehwal negeri, maka Majlis Perajaan Negeri hendaklah melantik seorang Pemangku Raja atau satu Majlis Pangkuan Raja," katanya

Majlis Perajaan Negeri mengadakan mesyuarat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris, iaitu anakanda sulung kepada Sultan Kelantan sebagai Pemangku Raja.

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak 14 Mei lepas bagi menjalani rawatan setelah mengadu mengalami masalah pernafasan.

Baginda kemudian didapati mengalami masalah jantung.

Bagaimanapun semalam baginda dihantar untuk rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Sunday, May 17, 2009

DYMM Sultan Kelantan Gering

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, dekat sini, hari ini kerana dipercayai serangan lelah.

Baginda yang berumur 59 tahun dimasukkan ke HUSM kira-kira jam 3 petang.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menziarahi baginda di HUSM jam 4 petang dengan ditemani beberapa Exco negeri.


Ketika ditemui pemberita di HUSM selepas itu, Nik Abdul Aziz berkata, Sultan berada dalam keadaan stabil.


"Saya minta rakyat Kelantan mendoakan kesihatan baginda semoga baginda cepat sembuh," katanya.

Sehingga kini Istana Kelantan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca sakit baginda.

Timbalan Pengarah Kanan Klinikal HUSM, Dr Rosdi Abdul Rahman berkata keadaan Sultan kembali stabil tetapi enggan mendedahkan punca penyakit baginda.

Menurut sumber Istana, Sultan Kelantan diserang penyakit lelah dan terjatuh sebelum dimasukkan ke hospital.

QIAMULLAIL BERSAMA DR BADRUL AMIN ANJURAN MAJLIS DAERAH TUMPAT

PROGRAM QIAMULLAIL BERSAMA DR BADRUL AMIN

TARIKH : 16 MEI 2009 (SABTU)
MASA : 4.30 PAGI
TEMPAT : MASJID GETING

Kelihatan Pengerusi Jawatankuasa
Belia & Dakwah MDT


Kuliah Subuh Daripada Al-Fadhil Dr Badrul Amin


Kelihatan CC MDT


Sempat bersalaman dengan Dr Badrul Amin


Bergambar kenangan bersama Dr Badrul Amin
Dan Urusetia Program

Saturday, May 16, 2009

PROGRAM FORUM PERDANA ANJURAN MAJLIS DAERAH TUMPAT


PROGRAM FORUM PERDANA
"CABARAN DAN HARAPAN BELIA MASA KINI"

TARIKH : 15 MEI 2009 (JUMAAT)
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : PADANG MAHKOTA, TUMPAT

Ahli Panel :
1) Al-Fadhil Ust Nasir Bin Mohamad (Pengerusi Forum)
2) Al-Fadhil Dr Badrul Amin Bin Baharom
3) Al-Fadhil Ust Saibon Bin Ismail


Antara kehadiran daripada orang ramai


Ketua Whip berucap mewakili YDP MDT


Antara kehadiran VIP


Antara Muslimat VIP yang hadir


Al-Fadhil Ust Zainudin Bin Ismail
Ketika menyampaikan kuliah maghrib
di program yang sama


Mempengerusikan slot kuliah maghrib


Pendaftaran dibuka kepada peserta seawal jam 6.30 petang

Wednesday, April 1, 2009

REZEKI DARI ALLAH SWT

1 April 2009(Rabu) : 8.00 pagi - Hari ini lapor diri di Majlis Daerah Tumpat sebagai Pembantu Tadbir Gred N17. Bahagian bertugas ialah Unit Kebersihan Dan Keindahan.
Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Mudah-mudahan ditambahkan lagi supaya dapat membantu sedikit sebanyak menggerakkan parti.
Isya'Allah, parti dan kerja tidak mungkin diabaikan kerana ianya sudah menjadi darah daging yang sentiasa membakar jiwa ini.

Wednesday, March 4, 2009

TAMBAH PENDAPATAN

Salam Ukhuwwah...
Tak salah kalau kita nak mencari pendapatan yang lebih, cuma pendapatan yang kita perolehi itu mestilah daripada jalan yang halal.

Oleh yang demikian, TRASCOM CENTRE dalam rangka untuk melebarkan ekonominya, maka mengambil inesiatif membuka gerai air kelapa muda. Disamping itu juga, sambil minum air kelapa sambil makan kerepok colek dan seterusnya coconut shake, jus buah-buahan serta beberapa jenis air lagi.
Datang lah untuk menikmati minuman segar daripada TCC Cafe.

Sunday, February 15, 2009

Pimpinan UMNO takut teori ini...


" Sebelum saya memulakan bicara izinkan saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika apa yang ditulis ini sedikit sebanyak jika ada menyinggung hati saudara saudari, muslimin muslimat.

Sama-samalah kita beristifar bagi hamba Allah sesama islam di atas muka bumi ini dimana kita merupakan hamba Allah yang sangat lemah dan masih perlu menimba ilmu islam bagi mengenal apakah sebenarnya islam itu.

Disini izinkan saya menegur para jemaah di dalam parti islam semalaysia PAS yang sedikit sebanyak ada sebahagian ahli terlalu taksub dan mengikut perasaan tertentu. Apakah sebenarnya perasaan benci, Marah,taksub dan berbagai-bagai andaian lagi yang bagi saya sedikit sebanyak sudah tersasar dilandasan yang sebenar dari perjuangan PAS itu sendiri.

Cuba kita kaji dan kenal apakah perjuangan islam sebenar?. Adakah ia melalui parti? Ataupun ia sekadar pertubuhan? Atau sekadar perhimpunan di jalan-jalan raya menunjuk orang islam itu tidak lemah?.Ingatlah?... tidak salah hendak berhimpun.. tetapi janganlah sehingga lambang parti terkeluar sehingga pihak media cuba memutarbelitkan keadaan. Saya yakin perhimpunan-perhimpunan yang dianjur oleh PAS sebenarnya turut dihadiri oleh ahli-ahli Umno itu sendiri.

Cukuplah sekadar lambang-lambang tertentu yang boleh ahli-ahli PAS sendiri sedar bahawa perhimpunan tersebut adalah dianjurkan oleh pakatan rakyat seperti contoh lambang bersih atau lambang-lambang lain yang telah diwartakan terlebih dahulu.Tidak dinafikan sebenarnya ramai kakitangan-kakitangan kerajaan kategori profesional juga adakalanya menggunakan pendekatan tersendiri untuk menerangkan perjuangan islam itu sikit demi sedikit sehinggakan akhirnya yang mendengar merasakan parti yang memperjuangkan kebenaran itu adalah PAS dan parti-parti pakatan yang lain.

Teguran ini juga khas untuk sesetengah orang kuat PAS yang adamasanya menghentam kuat ahli-ahli Umno kerana terlalu marah kepada mereka. Bagaimanakah kita hendak menarik hati pengundi lain jika kita menghentam mereka kerana bergelar ahli Umno?.

Sebenarnya kita tersalah menyimpan perasaan marah kerana yang salah adalah Umno kerana dasarnya. Sebenarnya pimpinan PAS dahulu sudah mengkaji mengapa PAS sukar berkembang hinggakan ahli-ahli PAS itu sendiri keluar kerana tidak tahan kerana ketaksubkan jemaah-jemaah yang lain.

Semasa kepimpinan Allahyarham mantan Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Hj Fadhir Nor telah memulakan babak terbaru hinggakan PAS mula diterima oleh masyarakat non muslim hinggakan ke hari ini. Apakah sistem yang diguna pakai itu?.. tidak lain adalah satu sistem “Memasyarakatkan PAS”.
Sehinggakan kita terpaksa mendekati ahli-ahli Umno dan yang atas pagar itu sendiri.Pemahaman ini sangat penting bagi jemaah-jemaah PAS itu sendiri. Seperti contoh lain, marahkan Yahudi kita mencaci Israil. Sebenarnya perkara ini adalah salah!.

Kita sepatutnya marah kepada yahudi bukan marah kepada israil. (Tidak silap saya “Israil” adalah gelaran kepada Nabi Yaakob).Kini keadaan getir telah berlaku hasil putarbelit pemahaman yang telah dibuat oleh pihak media.

Tambahan pula keadaan semasa yang berlaku di Perak. Jemaah-jemaah PAS perlu cuba menghampiri ahli-ahli Umno untuk menerangkan erti sebenar keadilan. Bisik kepada mereka sebaik mungkin. Anggaplah kita ingin menarik semula sokongan mereka, sikit pun tak salah bahkan makin bertambah jika dilakukan sebaik mungkin hinggakan akhirnya hanya tinggal pemimpin mereka sahaja..

Ingatlah! Apabila kita menganggap kita besar sudah tentu sasaran tidak akan mengena, cukuplah menganggap kita kecil!.. apakah buktinya?.. contoh paling dekat ialah semut merah, mana sahaja serangga ini gigit sudah tentu kita akan terasa juga sakitnya dan adakah anda pula boleh mengigit serangga tersebut?"