Tuesday, August 19, 2008

PERJUANGAN ANTARA KEADILAN vs KEMUNAFIKAN

Permatang Pauh, 16 Ogos 2008 - DS Anuar Ibrahim walaupun dikaitkan dengan isu liwat tidak merasakan bahawa satu tekanan kepadanya. Dalam proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh berjalan dalam suasana ceria tetapi agak kelam kabut sikit.

Mursyidul Am PAS, YAB Dato' Tuan Guru Hj Nik Ab Aziz B Nik Mat dalam kesibukan Muktamar PAS Pusat di Ipoh Perak sempat hadir untuk menunjukkan komitmen bahawa DS Anuar Ibrahim telah di fitnah oleh sekumpulan manusia yang berlidahkan biawak.

DS Anuar Ibrahim berjuang untuk mendapat sokongan daripada rakyat supaya sekiranya tarikh keramat yang disebut-sebutkan menjadi kenyataan untuk melayakkan dirinya sebagai PM Malaysia menggantikan Pak Lah Badawi. Walaupun niat atau nawaitu DSAI begitu, sekurang- kurangnya beliau akan membuat satu perubahan sebagaimana yang dikatakannya.

Manakala lawannya dari parti KUNO BN berjuang demi untuk bangsa melayu yang mana melabelkan beliau sebagai bangsat sebab berada dalam parti yang sudah lama menyusahkan rakyat.

Tanggal 26 Ogos 2008 akan menjadi keramat sekiranya DSAI menang mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

Kita sama-sama tengok dan lihat bagaimana rakyat Permatang Pauh membuat pilihan.

No comments: