Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Ogos: “Saya berkongsi kesedihan dengan keluarga tujuh mangsa tragedi tanah runtuh yang di perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Justeru, beliau melalui Facebook berharap semoga mereka dapat bersabar di atas bencana yang menimpa. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada musibah itu. “Sekali lagi saya mengucapkan takziah, kepada mangsa yang beragama Islam, semoga Allah SWT merahmati rohnya dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang soleh,” ujarnya lagi. Dalam kejadian yang berlaku jam 5.45 petang kelmarin, berlaku banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang sehingga menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.
|
Monday, August 8, 2011
Tanah runtuh: Nik Aziz kongsi kesedihan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment